Atas nama persahabatan, Pejuang/// sambut kempen sekupangdua PROTES SENTAP!!!. Semalam pejuang/// belayar dari blog ke blog sahabat sahabat khas nyer bloggers Perak. Terkejut membaca artikel dari otai sekupangdua, terpanggil juga untuk pejuang/// mencari apa sebenarnya yang dimaksudkan PROTES SENTAP oleh sekupangdua.
Akhirnya pejuang/// faham dimana puncanya dan siapa yang menCIPTA rasa tidak puas hati dari kalangan bloggers Perak. Tidak dinafikan tidak ramai bloggers Perak yang aktif dikala ini, namun ini semua bukan salah yang datangnya dari bloggers itu sendiri tetapi hadir dari pihak yang lain.
Tidak mahu dikatakan menyokong pihak yang disebelah, mahupun bersubahat dalam apa yang tertulis di artikel sekupangdua. Maka saya, empunye blog promelayu.blogspot.com atau mudah dikenali sebagai pejuang/// dengan lafaz Demi Allah JUGA menafikan menerima sebarang imbuhan secara bulanan dari mana-mana pihak di Perak untuk aktif dalam berkarya di promelayu.blogspot.com.
Pejuang/// tahu dan ada menerima bisikan dari sahabat yang lain menyatakan bahawa pejuang/// diBAYAR secara bulanan dan dijanjikan pelbagai imbuhan sebagai upah, namun percayalah bil broadband pejuang/// pun tertunggak dan telah dipotong semuanya kerana GULA-GULA dari mereka ini.
Sahabat, mungkin tempat kita bukan di Perak. Mungkin jasa kita hanya di kenang dahulu tapi bukan sekarang. Mungkin kita TIDAK SEBIJAK mereka, namun seperti kata sekupangdua.....
" Teman tak kan jadi macam korang yang perut hijau sanggup bunuh bangsa MELAYU sendiri, taman tak sanggup jadi Penderhaka di tanah tumpah darah, tanah Uri mak Bapak teman tertanam. Tak da sesapa pun yang bayor teman bulanan, takda sesapa pun yang bagi peruntukan untuk menjana aktiviti BLOGGERS-BLOGGERS PERAK!"
Sebagai tanda sokongan dan bukti Bloggers Perak masih bersatu, maka pejuang/// akan bersama berdiri menyokong blogger sekupangdua. Kepada sekupangdua, kita adalah mangsa namun kita tidak BODOH.
* Sahabat lain bagaimana?
setuju dengan pendapat saudara! PROTES!
BalasPadamsaya sangat bersetuju dengan saudara....saya sendiri kini meletakkan perjuangan saya dalam ikatan bersama sekupang dua. harapnya pejuang lain juga dapat mengikat tali perjuangan bersama beliau. kita bina angkatan kita yang terbesar demi keadilan bloggers yang teraniaya. kita akan jadikan angkatan kita sebagai pasukan utama dalam menghancurkan kelompok pengkhianat ini seterusnya menyampaikan taat setia kepada Perak apabila diperlukan dalam menghadapi pilihanraya nanti.
BalasPadamko sembang sj lebih!!
BalasPadamsudah berapa banyak duit KJ yang ko dah tibai sampai lupa sahabat-sahabat yang lain!!!
Ingat,pelanduk selalu lupakan jerat namun jerat tidak pernah lupakan pelanduk!!!
Allah tidak mengkehendakki kamu perjuangakan selain dari islam! tiada soalan di akhirat esok: apakah bangsa kamu? cina,mlayu,india,siam,kadazan???
BalasPadam