Rabu, 27 Mei 2009

Mari kita bincangkan bersama

Sememangnya kita menumpang dinegara sendiri kecuali munkin di kelantan/terengganu
tak berapa ketara. Ini disebabkan beberapa faktor

1. Orang melayu tak minat berniaga. Masyarakat kurang memandang pada
golongan peniaga. Mereka lebih suka keja kerajaan dapat pencen sampai mati.
Jadi bila masyarakat tak minat berniaga maka semua barang bekalan dipegang
oleh bangsa lain dan kerana berniaga ni bleh dapat banyak hasil maka hartanah
pun di monopoli oleh bangsa lain kerana mereka ada wang.

2. Orang kita liat bayar hutang..dari pengalaman saya banyak pemasar saya yang
melayu original liat bayar hutang ada yang sejak tahun 2005 tak bayar sampai sekarang.
kalau perangai camtu memang rosak susu sebelanga. kerana tak nak timbul masaalah
hutang lapok, saya kenakan bayaran tunai untuk orang original ni. Saya rasa MARA
pun banyak masaalah dengan kutip hutang ni. sebab tu bangsa lain agak sukar nak bagi kat melayu sewa agaknya.

3.Takut Cabaran. Dalam keadaan malaysia yang pelbagai bangsa dan agama
hanya hati yang cekal sahaja dapat mengharungi cabaran hebat dalam perniagaan.
Yang penting kena ikut landasan syara'

4. sebenarnya orang kita suka berbelanja. Maka kuasa membeli di pasaran retail/runcit
ni adalah ditangan orang kita. Bangsa lain tak seboros bangsa kita..mereka lebih kepada beli hartanah, saham, pendidikan anak2 dan yang sewaktu dgnnya. Jadi kena ade satu
badan mcm koperasi utk dptkan hartanah yang baik utk di sewakan pada usahawan
bangsa kita.

rumusannya, kita perlu ubah generasi baru untuk berani berniaga disemua bidang
dan mungkin agensi seperti Felda dan yang banyak kapital ni dpt menjadi
pemborong barangan mentah utama untuk membantu bangsa melayu niaga dan
juga supaya agensi2 seperti ini dpt membeli rumah2 kedai, lot2 perniagaan yang
strategic untuk disewakan pada peniaga bumiputra yang berwibawa dengan bimbingan
dlm selok belok perniagaan dan yang pentingnya org melayu kena sokong peniaga
melayu walau pun harga lebih 10sen ke..belilah barang dari peniaga melayu/muslim.

Jumaat, 15 Mei 2009

Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989)




Parti Komunis Malaya
Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989)

Perang Dunia Kedua dan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu mulai 8 Disember 1941 telah memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk memperkuatkan organisasinya. Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 20 April 1930 telah bekerjasama dengan pihak British untuk menentang Jepun melalui Malayan People Anti Japanese Army atau dalam bahasa Melayu Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA) berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940.



MPAJA



PKM berjaya mempengaruhi British membebaskan semua tahanan politik yang berhaluan kiri. Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Kerjasama antara PKM dan British telah menghasilkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura. Latihan yang diberi di sekolah tersebut adalah dalam bentuk perang gerila.



Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.



Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai PKMM melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin dan Abdullah C.D. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.



Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.



Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk *Senoi Praaq bagi menentang komunis.



* Senoi Praaq adalah pasukanbersenjata ( tentera) yang dianggotai oleh masyarakat asli kaum Senoi yang mahir bergerak di dalam hutan.

Janganlah ini yang terjadi di negara kita.