Selasa, 17 November 2009

SUDAH MULA PECAH : Bekas Setiausaha Sulit Anwar “ pecah lobang”


Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan (1996-1998), Anuar Shaari pagi Selasa serah salinan asal dokumen pemilikan saham dan penyata akaun bank Naib Presiden PKR Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Tahrin kepada Bahagian Jenayah Perdagangan Polis di Kuala Lumpur.Dokumen saham bersama Azmin dan Shamsidar ( waktu Azmin berkhidmat dengan Anwar ) bernilai RM2 juta manakala penyata bank Shamsidar bernilai RM 8 juta.Anuar yang juga pernah jadi Setiausaha Politik kepada Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail 1999 hingga 2004 berkata pada wartawan, “ Datin Seri Dr Wan Azizah perlu bertanya bagaimana Shamsidar seorang boleh mempunyai saham dan wang sebanyak itu.”Beliau tiba di Bahagian Jenayah Perdagangan jam 11.30 pagi.

Semasa pendedahan tadi, bekas setiausaha sulit Anwar Ibrahim iaitu saudara Anuar SHaari telah mengemukakan dokumen asal pemilikan saham Shamsidar dan Azmin bernilai RM2 juta, dimana 1.3 juta dimiliki oleh Shamsidar Taharin.

Bank statement Shamsidar seorang sahaja bernilai RM8 juta, perkara ini berlaku pada tahun 92-94, semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan!

Persoalan yang timbul sekarang ni, kenapa Shamsidar memiliki saham dan wang yang begitu banyak sekali, tidakkah Kak Wan ingin tahu macamana Shamsidar boleh menjadi begitu kaya sekali, jumlah wang ringgit Shamsidar melebihi Azmin iaitu suaminya sendiri!


Pelikkan..... Tapi mai kita tunggu aper kata orang kuat PKR...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.