Sabtu, 30 Januari 2010

Gambar Yang Memberi 1001 Persoalan Dan Jawapan.

Sudah terang lagi bersuluh..........

Sudah jelas erti yang tersirat sebalik yang tersurat dalam gambar di atas. Gambar yang membawa seribu erti dalam mengupas apa yang kononnya dikatakan permasalahan dalam isu kepimpinan YB Khairy @ KJ.

Di satu pihak sibuk menjaja berita murahan menyatakan sebahagian exco pemuda UMNO meminta YB KJ melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Usul tersebut dikatakan dibawa oleh Yeop Hishamuddin a.k.a Yeop Putrajaya. Namun hari ini dalam kenyataan akhbar dari YB Naib Ketua Pemuda lain pula rentaknya, beliau menafikan ada diantara barisan exco yang meminta YB KJ melepaskan jawatan. Jelas apa yang dikatakan oleh YB Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia jauh dari cerita yang dijajakan oleh bloggers pencacai yang seorang ini juga di bantu oleh beberapa bloggers termasuklah mereka yang bernaung di bawah UMB.

Cukuplah dan jangan dipecah belahkan barisan pemuda ini. Biarkan mereka berkhidmat untuk negara khasnya untuk Pemuda Melayu. Pejuang/// harap gambar yang di ambil ketika lawatan YB KJ di Labuan hari ini (30.01.2010) cukup untuk menafikan pepecahan dalam Pemuda UMNO Malaysia.

Inilah Kerja Bloggers HARAMJADAH

Mohon budi baik bloggers yang dimaksudkan untuk memohon maaf secara terbuka. Kalau Aduka Teruna boleh menyerah diri kerana menghina Kesultanan Johor, maka blogger yang dimaksudkan juga patut mencontohinya. Bukan suruh serah diri pada polis, cuma MINTA MAAF secara terbuka. Mana mau lari dengan badan sebesar itu bro? Bangkai ayam boleh disorok tapi bangkai GAJAH macamana pula?

Mike selalu mengata orang, sekarang bila ALLAH telah menjatuhkan hukum atas kesalahan mike mengapa mike perlu lari? Kepada YB Dato Razali terima kasih dari pejuang/// dan Yeop Parit jelas bahawa mereka ini silap dalam mengatur langkah menjatuhkan YB KJ. Betul tak? Pakai Yeop bila mengambil keputusan tidak ke Cuba tapi mengikut YB KJ ke Labuan.

Jumaat, 29 Januari 2010

Lawatan ke CUBA bersama Sifu...


Dalam keadaan sekarang, apa yang ada fikiran pejuang/// adalah kenapa kegagalan Pemuda UMNO menyerlah KJ pula dijadikan sasaran? Sedangkan yang pejuang/// tengok ramai yang menyusun agenda tersendiri untuk bagi melemahkan KJ seterusnya menjatuhkan, dan dimatikan politiknya. Nyata sangat puak-puak yang selama ini kuat menyalak hanyalah yang menyokong 01 (Dato’ Mukriz Mahathir). Ada baiknya Tun Mahathir duduk diam dan NASIHATKAN ANAK BAPAK agar buat kerja baik-baik dan JUJUR DAN IKHLAS dalam memperjuangkan nasib UMNO.

Kepada kepala komplot atau yang glamour dengan panggilan SIFU, Hanya sebagai SUK Malaysia tapi bercita-cita tinggi menyusun politik pemuda. jelas kini menampakkan yang selama ini sangat bencikan KJ…. Sedarlah…. KJ adalah KPPUM menang undian. KJ menang kerana usaha dan kerja kempen yang bertatasusila. Sekarang adalah masa untuk bantu-membantu dalam kerja parti. Bukan jatuh menjatuh pemimpin parti.

Ingatlah kerana kita mewarisi kepimpinan pemimpin terdahulu, bukan mengukir kepimpinan dengan cara memijak kepala saudara seBANGSA dan seAGAMA. Dengar cerita lima dari enam exco pemuda UMNO Malaysia yang menyalak semalam akan ke CUBA di bawa Sifu mereka. Hai Yop kenapa tak pergi? Bini tak bagi ker?

Rabu, 20 Januari 2010

Apa Sudah Jadi Pada Bloggers Di Perak? SEKUPANGDUA difitnah.


Hari ini blogger otai kita sekupangdua telah mengumumkan peperangan terhadap seorang blogger juga dalam Perak yang dikatakan telah meletakkan pasir ke dalam periuk nasinya. Memang CELAKA kuasa dua pejuang/// berikan kepada si blogger haramjadah ini.

Siapa dan apa hak dia untuk menidakkan perjuangan sekupangdua? Hebat sangat ke dia? Kalau berani kenapa tidak bersemuka sahaja? Kenapa perlu baling batu sembunyikan tangan?

Pejuang/// tahu si blogger haramjadah ini juga pembela negara, tapi bezanya kami TIDAK DIBAYAR seperti dia. Tapi tindakan si blogger haramjadah ini yang menggunakan pengaruh yang ada dengan melagakan sekupangdua seharusnya tidak akan pejuang/// maafkan.

Pejuang/// dah biasa dibelai dengan janji-janji indah oleh segelintir VIP agar membantu mereka dalam berblog yang akhirnya janji tinggal janji. Bila misi selesai, kami bloggers marhain di biarkan dengan 1001 persoalan. Si VIP pula membawa masuk bloggers luar dan mengangkat bloggers tersebut sebagai pejuang yang sejati. Persoalannya dimanakah blogger tersebut ketika 11 bulan Perak di perintah oleh Pakatan Rakyat? Kalau setakat duduk di luar Perak dan beratapkan atap genting, berdindingkan konkrit dan beranginkan aircond itu bukan pejuang namanya.

Sendiri mau ingat bro, pejuang/// akan bersama-sama sekupangdua dalam peperangan ini. Kalau periuk nasi pejuang/// juga cuba di taruh pasir. Maka pejuang/// tak teragak-agak untuk bertindak.

Tapi yelah kalau Perak inginkan bloggers yang pandai memaki pemimpin dan mencarut maka pejuang/// tak berminat untuk membantu Perak. Kerana ibu dan ayah pejuang/// telah mendidik pejuang/// untuk tidak menjadi anak kurang ajar tetapi sebaliknya mengajar si kurang ajar tentang ADAP MELAYU.

Untuk blogger yang telah menaruh pasir kepada periuk nasi sekupangdua ini kata akhir dari pejuang/// buat blogger tersebut.......

PUKIMAK kamu..........

Lelaki homoseksual tidak layak jadi PM Malaysia - Kata Tun Dr Mahathir


Pejuang/// terbaca di blog AIDC berkenaan kenyataan Tun Mahathir yang menyatakan lelaki homoseksual tidak layak menjadi PM Malaysia. Percayalah bukan Malaysia sahaja malah semua negara Islam pun tidak mahu.

Tun Mahathir berkata, dia tahu bekas timbalannya homoseks kerana jurucakap Anwar, Munawar Ahmad Anees, mengakui di mahkamah yang dia telah melakukan hubungan liwat bersama Anwar. Huiii dalam mahkamah mana boleh cakap merapu, semua kenyataan haruslah menggunakan fakta.

Pada 27 Jan tahun lepas, Anwar memfailkan satu saman fitnah terhadap Tun Mahathir kerana menuduhnya melakukan hubungan liwat. Anwar mengatakan Tun Mahathir mengemukakan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah pada sidang akhbar di Suhakam pada 9 September 2005. Berjalan ke saman tersebut?

Anwar mendakwa kenyataan mengenai dirinya seorang homoseksual serta melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti bertentangan dengan Islam, merupakan seorang yang sesat, tidak bertimbang rasa, berbaur unsur jenayah dan adalah berbahaya terhadap masyarakat Malaysia. Bagaimana dengan akuan bersumpah Meor Abd. Razak Bin Yahya yang menyatakan beliau diliwat oleh Anwar? Bagaimana juga dengan keberanian Shaiful dalam mendedahkan kes yang sama iaitu pernah diliwat oleh Anwar? Adakah ini agenda Kerajaan BN zaman Tun Mahathir dalam menjatuhkan Anwar?

Sudahlah penyokong Anwar, jangan menilai dari satu sudut sahaja. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

Malam kelmarin pada 18 Januari 2010, telah diadakan satu sesi perbincangan tertutup berkenaan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di kediaman Ketua Umum PKR. Turut hadir pada malam itu adalah para pemimpin PKR dan PAS (klik). Adakah ini lagi satu mainan teedesak Anwar dalam meraih semula sokongan? Juga dalam akhbar ini, Anwar ada mencadangkan Hj Hadi, Presiden PAS dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Apakah tujuan ini semua? Adakah ini salah satu lagi usaha Anwar dalam menarik dan mendapatkan sokongan PAS khasnya Melayu?

Awas kita semua...., jangan kelak kita menjadi pengemis di negara kita sendiri.

Isnin, 18 Januari 2010

Pandangan Pejuang///


Salam perjuangan///,

Kelmarin, semalam dan hari ini isu berkaitan kalimah Allah masih hangat diperbahaskan. Apa penyelesaiannya? Di pihak kerajaan konsep menang-menang cuba dicari, namun ada puak yang cuba menambahkan kekusutan ini dengan terus menjadikan isu ini sebagai isu perkauman.

Apakah kesudahannya dan dimana silapnya? Pejuang/// secara peribadi melihat kenyataan YB. Nazri ( klik ) ada asasnya. Kita lihat Sabah dan Sarawak mempunyai kepadatan penduduk paling ramai, dan majoriti mereka telah diberi status bumiputera oleh kerajaan pusat dalam mengiktiraf mereka.

Dalam kenyataan YB. Nazri,
Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi. Langkah itu juga mengambil kira kebiasaan penduduk Islam di kedua-dua negeri berkenaan terhadap amalan penganut Kristian itu.

Namun dalam kenyataan YB. Nazri ada juga menyatakan bahawa penganut Kristian dan pihak gereja di Semenanjung tetap tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam sebarang upacara keagamaan termasuk penerbitan. Larangan tersebut katanya, turut melibatkan penganut Kristian Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung.

Sehubungan itu, sahabat bloggers dan pembaca sekalian seharusnya melihat sesuatu isu itu dari pelbagai sudut. Pejuang/// sendiri pada peringkat awal marah dan merasakan ini satu mainan secara halus oleh segelintir makhluk yang cuba memecah belahkan masyarakat Malaysia. Akan tetapi kenyataan YB. Nazri bila dibaca dari sudut positif maka ada benarnya. Kenyataan YB. Nazri bukan membuktikan kerajaan akur dan tunduk kepada kehendak penganut Kristian tetapi, kenyataan tersebut telah membuktikan Kerajaan BN mengambil pendekatan menang - menang dalam menyelesaikan isu yang benar-benar sensitif ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut ditarik pastikan tidak putus.

Cuma harapan dari pejuang/// janganlah ada antara kita bloggers yang mengaku dirinya berjuang demi Alif, Ba dan Ta cuba mengapi-apikan lagi isu ini. Kita penyokong KEAMANAN dan KETENTERAMAN, maka tidak salah kita menyokong usaha Kerajaan BN dalam mengekalkan keamanan tersebut. Kerajaan BN tahu apa yang mereka lakukan kerana mereka juga inginkan negara kita AMAN.

Bersatulah kita blogers sekalian............

Rabu, 13 Januari 2010