Isnin, 18 Januari 2010

Pandangan Pejuang///


Salam perjuangan///,

Kelmarin, semalam dan hari ini isu berkaitan kalimah Allah masih hangat diperbahaskan. Apa penyelesaiannya? Di pihak kerajaan konsep menang-menang cuba dicari, namun ada puak yang cuba menambahkan kekusutan ini dengan terus menjadikan isu ini sebagai isu perkauman.

Apakah kesudahannya dan dimana silapnya? Pejuang/// secara peribadi melihat kenyataan YB. Nazri ( klik ) ada asasnya. Kita lihat Sabah dan Sarawak mempunyai kepadatan penduduk paling ramai, dan majoriti mereka telah diberi status bumiputera oleh kerajaan pusat dalam mengiktiraf mereka.

Dalam kenyataan YB. Nazri,
Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi. Langkah itu juga mengambil kira kebiasaan penduduk Islam di kedua-dua negeri berkenaan terhadap amalan penganut Kristian itu.

Namun dalam kenyataan YB. Nazri ada juga menyatakan bahawa penganut Kristian dan pihak gereja di Semenanjung tetap tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam sebarang upacara keagamaan termasuk penerbitan. Larangan tersebut katanya, turut melibatkan penganut Kristian Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung.

Sehubungan itu, sahabat bloggers dan pembaca sekalian seharusnya melihat sesuatu isu itu dari pelbagai sudut. Pejuang/// sendiri pada peringkat awal marah dan merasakan ini satu mainan secara halus oleh segelintir makhluk yang cuba memecah belahkan masyarakat Malaysia. Akan tetapi kenyataan YB. Nazri bila dibaca dari sudut positif maka ada benarnya. Kenyataan YB. Nazri bukan membuktikan kerajaan akur dan tunduk kepada kehendak penganut Kristian tetapi, kenyataan tersebut telah membuktikan Kerajaan BN mengambil pendekatan menang - menang dalam menyelesaikan isu yang benar-benar sensitif ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut ditarik pastikan tidak putus.

Cuma harapan dari pejuang/// janganlah ada antara kita bloggers yang mengaku dirinya berjuang demi Alif, Ba dan Ta cuba mengapi-apikan lagi isu ini. Kita penyokong KEAMANAN dan KETENTERAMAN, maka tidak salah kita menyokong usaha Kerajaan BN dalam mengekalkan keamanan tersebut. Kerajaan BN tahu apa yang mereka lakukan kerana mereka juga inginkan negara kita AMAN.

Bersatulah kita blogers sekalian............

3 ulasan:

  1. Ada benar kata bro. Tapi adakah artikel bro mendapat sokongan khasnya dari BPN yang bro julang selama ini?

    BalasPadam
  2. salam,

    di pihak kawan, kawan bersetuju dengan pendapat bro. Memang kita marah, tetapi kerajaan mengambil langkah bijak menyelesaikan masalah dengan membuat keputusan yang berbeza antara Semenanjung dan Sabah/Sarawak agar tidak menyebabkan konflik agama khususnya di negeri yang mempunyai bilangan penganut agama Kristian yang cukup ramai.

    Apa akan jadi sekiranya kerajaan tegas mengharamkan penggunaan Allah di gereja-gereja, mereka akan berdiam diri dan negara kita akan terus aman? Apa akan jadi juga jika kerajaan membenarkan penggunaannya oleh penganut kristian di semua gereja, negara kita akan terus aman? Jika antara kedua-dua pilihan yang dibuat boleh mendatangkan mudarat kepada negara terutama kepada umat Islam dan penganut kristian, maka penyelesaian yang dibuat YB. Nazri adalah wajar.

    Melainkan jika saudara islam kita yang membantah keras penggunaannya, mempunyai cara dan jalan penyelesaian yang terbaik dan boleh diterima kedua belah pihak maka kita fikir keputusan YB itu patut ditolak. Jika tidak, jangan dipanjangkan lagi isu ini.

    BalasPadam
  3. Salam pejuangan,
    Teropongalam : Ini pendapat peribadi pejuang/// dan tidak melibatkan mana-mana pihak mahupun BPN.

    Bro Apai : Terima kasih atas pandangan bro, memamg sukar spt mana pejuang/// katakan Menrik Rambut Dalam Tepung. Pecayalah sebarang tindakan yang Kerajaan UBN lakukan adalah yang terbaik demi keselamatan dan kesejahteraan negara. Utk menutup mulut tempayan amat mudah akan tetapi menutup mulut masyarakat dari terus bercakap berkenaan isu ini adalah mustahil.
    Rakyat perlu menilai menggunakan akal dan fikiran bukan perasaan.

    BalasPadam

Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.