Jumaat, 2 April 2010

Polis Perak Tiada Kuasa Ambil Tindakan Kepada Sivakumar?


Selesai sudah persidangan DUN Perak. Terima kasih kepada semua yang berjaya memastikan kejayaan berlangsungnya sidang tersebut, bab kecoh-kecoh tu kira biasalah bila bawa beruk PR masuk dewan inilah jadinya. Tidak dilupa kepada Polis DiRaja Malaysia atas kawalan keselamatan yang telah diberikan.

YB Sivakumar sekali lagi berjaya dalam LAGAK dan KEKEBALANNYA, mungkin Dewa - Dewanya melindungi segala pergerakannya sehingga tiada sebarang tindakan diambil oleh Polis keatas Sivakumar dalam isu menipu dan salahguna gelaran SPEAKER Perak. Lupakan itu semua dan kini kita beri tumpuan sepenuhnya kepada persoalan APA TINDAKAN POLIS KE ATAS YB. SIVAKUMAR? Nak kata tak cukup kakitangan, penambahan melalui pengambilan baru anggota polis sudah dibuat. Nak kata gaji tak setimpal dengan kerja, bukan sahaja gaji malahan elaun untuk semua anggota polis telah diberi.

Jadi apa lagi alasan yang polis nak beri ke atas laporan tersebut? Adakah nak tunggu Ketua Polis Negara yang baru dilantik baru nak mula buka kertas siasatan? Alamat nyer bersawanglah laporan yang telah dibuat.
Cadangan pejuang/// kepada Ketua Polis Negara, Tengok-tengokkan Ibupejabat Polis Perak. Apa yang tak kena nie hinggakan laporan-demi laporan yang dibuat amat LEMBAB tindakan diambil. Contohilah kecekapan Polis Kelantan dalam isu Setiausaha Sulit Sultan Kelantan. Baru dikeluarkan satu kenyataan, belum cukup 48 jam tindakan penahanan telah diambil dan segera di dakwa di mahkamah. Tapi isu penipuan YB Sivakumar jangan kata 48 jam dan dekat 2 tahun, jangan kata YB Siva ditangkap nak panggil ke balai pun tidak. Polis Perak mungkin menganggap kes YB Siva bukan menggugat keselamatan negara. Rakyat kini tidak bodoh dan tidak mudah diperbodohkan. Andai ada sebab kenapa YB Siva tidak boleh ditahan, sila Ketua Polis Negeri Perak beri jawapan. Atau perlu ada satu lagi laporan kali ini terhadap Polis Perak kerana gagal mengambil tindakan? Mahu pejuang/// di tahan ISA kalau macam nie.

Pejuang/// terfikir juga, kekadang polis nie ada juga bengamnya. Menyaman pemandu kerana tak pakai tali pinggang keledar ketika memandu. Tetapi yang memandu kereta peronda tak juga pakai tali pinggang kelendar kenapa tidak di ambil tindakan? Oh mungkin kerana mereka POLIS. Kalau pejuang anak kepada polis kena juga ke?

2 ulasan:

  1. Polis kurang berminat dengan kes yang tidak memberikan keuntungan kepada mereka. Cuba kalau Sivakumar kata POLIS MAU BOM SAYA. tentu kes itu jadi keutamaan macam sahabatnya dari DUN Setiawan.

    BalasPadam
  2. Minta SPRM siasat kenapa polis Perak gagal bertindak ke atas Siva keling.

    BalasPadam

Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.