Rabu, 28 Oktober 2009

Bajet 2010 Berjaya Dibentangkan.



Alhamdullilah....,

Persidangan DUN Perak pada pagi tadi telah berjaya diadakan walaupun ada sedikit kekecohan telah ditimbulkan oleh YB daripada Pakatan Pembangkang. Kecekapan anggota Polis dalam menangani kekecohan ini adalah amat dihargai dan secara tidak langsung telah menafikan apa yang telah dirancang dan yang diharapkan berlaku oleh Nizar Al-Tahiti dan rakan-rakannya dari Pakatan Pembangkang ( merujuk kepada artikel pejuang/// terdahulu *klik* ).

Sikap DUDUK dan LIHAT oleh YB dari Barisan Nasional juga harus dipuji kerana tidak terpedaya dengan provokasi yang cuba dilakukan oleh Pakatan Pembangkang tersebut sekali gus memperlihatkan bahawa Pakatan Pembangkang ini tidak ubah seperti sarkas yang terdesak untuk mencari sesuap nasi.

Kesimpulan atas tindakan oleh Pakatan Pembangkang ini memperlihatkan bahawa mereka kini terdesak kerana tidak lagi mendapat perhatian dan simpati serta sokongan dari masyarakat khasnya d negeri Perak.

Biarkan LUNCAI TERJUN BERSAMA LABUNYA dan kalau mereka yakni Pakatan Pembangkang nak join luncai sekali, maka KITA RAKYAT PERAK amat menghargainya, moga mereka cepat nyah dari bumi Perak yang bertuah ini. Sepertimana mereka meninggalkan Dewan ketika Dewan bersambung untuk Bersidang.

yang pasti kini adalah, Pakatan Pembangkang akhirnya mengiktiraf kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Negeri Perak Darul Ridzuan ( kalau tidak masakan mereka sanggup menandatangani kehadiran ).


2 ulasan:

  1. Bro, bersyukur pada Allah kerana kita berjaya menafikan segala tomahan mereka. Aku percaya semua ini ada juga kaitan dengan team blogger di Perak. Haram MB Zambri sedar kewujudan kalian dan mengiktiraf kalian semua.

    BalasPadam
  2. Tq bro, pada pandangan saya ayat haram MB itu membawa maksud Harap MB..
    Untuk makluman bro, MB kenal atau tidak kewujudan kami itu bukan asas kewujudan bloggers. Ini kerana kami blogger membantu dengan rela hati tanpa dibayar.
    Salam perjuangan///

    BalasPadam

Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.