Memaparkan catatan dengan label parpu punya cerita.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label parpu punya cerita.... Papar semua catatan

Khamis, 18 Februari 2010

DEMONSTRASI PPUM PADA 17.02.2010 DI KEDUTAAN AUSTRALIA


Tahniah Saf Kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Bukan mudah untuk mengumpulkan parti-parti kompenan dan NGO dalam menyertai perarakan membantah sikap kurang ajar 50 ahli parlimen Australia. Terima kasih juga kepada Kerajaan Australia khasnya kedutaan Australia atas kenyataan iaitu, kenyataan ahli parlimen Australia TIDAK MENGAMBARKAN KENYATAAN KERAJAAN AUSTRLIA itu sendiri, Cuma lebih kepada kenyataan peribadi. SUDAH jelas lagi nyata sokongan kepada ANWAR AL - JUBURI adalah sokongan dari penyokong golongan gay dan lesbian. Bagi pejuang/// kenyataan tersebut belum cukup, seharusnya kerajaan Australia MEMOHON MAAF secara terbukakepada semua rakyat Malaysia atas kebiadapkan ahli parlimen mereka.

Dalam berita RTM, TV3, TV7, TV9, ASTRO dan RADIO, telah membuat liputan amat meliau berkenaan demontrasi bantahan tersebut. Telinga pejuang/// jelas mendengar program tersebut adalah anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan turut sama disertai oleh parti kompenan dan NGO-NGO termasuklah bloggers, dan pejuang/// sendiri berada di sana.

Namun ada juga sibloggers seorang ini yang JELAS punya DENDAM peribadi kepada YB Khairy hingga sanggup meNIDAKkan segala apa yang YB Khairy lakukkan dalam Pergerakan Pemuda UMNO. Apa sebenarnya masalah si mamak ini dengan YB Khairy? Apa dosa YB Khairy kepada dia? Besar sangat ke? Tolonglah jangan menjadi GUNTING DALAM LIPUTAN, menjadi BARA DALAM SEKAM dengan membakar sifat benci pemuda kepada KEPIMPINAN PEMUDA itu sendiri.

Seperti kata pejuang/// tadi, pejuang/// hadir sama di sana dan berkumpul di RESTORAN KAMPUNG PANDAN (restoran MAMAK). Kepada mereka yang hadir tentu ada melihat bagaimana bloggers yang 24 jam sering mencari salah silap YB Khairy di MALUKAN dan ada juga yang mengBUUUUU beliau. Janganlah cuba mengubah fakta, YB Khairy DULU, KINI DAN SELAMANYA mendapat sokongan dari Pemuda. Lihat sahaja kehadiran dan sokongan pemuda di demontrasi tersebut. Yang jelas dalam berita TV3 ada menyatakan bahawa PENYERAHAN BANTAHAN TERSEBUT TURUT DISERTAI OLEH PARTI KOMPENAN BN, MAKHAL SAKTI, NGO DAN BLOGGERS. Pejuang/// ulangi DAN BLOGGERS. Jadi mohon penjelasan dan bukti dari bloggers mamak nie yang beliau maksudkan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia MENUMPANG program tersebut. Kalau bukan PPUM yang menganjurkan SIAPA LAGI?

Pejuang/// mahu semua membaca akhbar utama di Malaysia pagi ini dan lihatlah dengan JELAS bahawa program tersebut adalah anjuran PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Wasalam...

· Bro kalau benci sangat dengan YB Khairy, keluarlah UMNO dulu. Nanti masuk balik yek. Ala macam Tun Mahathir lakukan di zaman Tun Abdullah menjadi PM.


Rabu, 3 Februari 2010

Salam perjuangan...

Kini giliran YB Razali Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menjadi mangsa tomahan dan fitnah dari blogger yang punya agenda tersurat untuk memastikan pepecahan dalam kepimpinan YB KJ menjadi realiti seperti mana beliau diarahkan.

Berbajukan UMNO dan bertopengkan Melayu, bloggers tersebut tidak henti-henti menghentam Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan sesiapa jua yang cuba mempertahankan Ketua Pemuda tersebut. Pejuang/// hairan dengan sikap blogger yang memperkenalkan dirinya di dalam blog sebagai PARPUKARI . Kenapa beliau bermati-matian dari dulu hingga kini menyerang keperibadian YB KJ dan karier politiknya. Adakah beliau di bayar untuk melakukannya?

Pejuang/// tahu dan mengerti, bloggers mempunyai HAK UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN. Namun adakah dengan kebebasan tersebut bloggers juga boleh mengHALALkan CARA? Mencarut, memaki dan menghina pemimpin UMNO sesuka hati?

Pejuang/// mohon agar ada pihak yang berWAJIB tampil untuk memanggil blogger tersebut dan menyiasat siapa sebenarnya beliau dan mengapa beliau menghentam pemimpin di bawah payung yang beliau juga naungi iaitu PAYUNG UMNO. UMNO tidak melahirkan pelacur atau gigolo di alam cyeber ini, UMNO hanya melahirkan pemimpin yang punya semangat juang demi mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara.

Buat blogger tersebut, sudahlah... Kalau benar tuan membenci pemimpin dalam UMNO kini kenapa tidak tuan mengikut jejak Tun Mahathir ( GOD FATHER ) untuk keluar dari UMNO dan dengan muka selamba masuk semula UMNO setelah pemimpin yang dibenci itu tiada jawatan dalam kepimpinan UMNO.

Nasihat pejuang/// : Sudahlah, mari kita bersatu atas nama bloggers pro UBN dan menentang secara habis-habisan bloggers Pakatan Rakyat. Selagi kita tidak bersatu, percayalah segala usaha kita ini pasti sukar untuk berjaya.

Sabtu, 12 Disember 2009

UMNO PADANG RENGAS APA RESPON ANDA?

Pejuang/// terpanggil untuk mengetahui apa respon UMNO Bahagian Padang Rengas atas artikel parpukari ini...

NAZRI OH NAZRI! KENAPA KAU BEBAL NAK MAMPOS NI?

APABILA YANG BEBAL MENJADI MENTERI MAKA MUSNAHLAH SEGALANYA!

NAZRI AZIZ! YOU SHOULD RESIGN! ITUPUN KALAU KAU ADA MARUAH LA

Kenapa kita harusmendiamkan diri bila pemimpin kita diHINA bagai tiada maruah. Siapa parpukari? Hebat sangat ke beliau hingga UMNO Perak perlu mengagung-agungkan si bangsat ini? Saudaraku, TSDS Nazri adalah Ketua Bahagian dalam Negeri Perak. Maka adalah tanggungjawab kita membela perjuangan beliau.





Khamis, 10 Disember 2009

PARPUKARI BLOGGER UPAHAN MUKRIZ...

Terpanggil pejuang/// mengarap artikel berkenaan parpukari sekali lagi etelah membaca artikel oleh Man Toba dalam blog KPMU.NET bertajuk BLOGGERs UPAHAN MUKRIZ MAHU MENGUASAI KABINET DAN PM.

Bloggers BigDog ( Nama Islamnya Zakhir Mohamed yang mungkin suka dipanggil ANJING BESAR ) pejuang/// tak mahu sentuh kerana kenal pun tidak.

Tapi PARPUKARI..... YES, selagi dia berterusan MENGHINA DAN MEMAKI HAMUN dengan bahasa LUCAHnya selagi itulah pejuang/// akan terus menerus menulis berkenaan beliau.
Buat sahabat bloggers khasnya di Perak jangan kita berpecah dik kerana mamak seorang ini. Kita aman dan bersatu tidak kira dari bucu mana kita hadir sebelum ini, kita mampu berdikari andai UMNO Negeri tidak memandang kita walau sebelah mata.

Ingatlah semalam, hari ini dan mungkin esok PARPUKARI akan terus mengHENTAM dan mengHINA TSDS Nazri (KB Padang Rengas) dan kalau ada Ketua Bahagian dalam Perak yang menyokong TSDS Nazri pasti mereka juga akan diperlakukan seperti itu juga. Orang tua kita tidak mengajar kita memaki dan berkata lucah kepada orang lain, jadi mengapa kita perlu mengikut jejak PARPUKARI?

Beliau berblog kerana diBAYAR tapi kita? KITA pejuang kepada Kerajaan UBN yang kini dipinggirkan oleh UMNO Perak kerana lena dibuai mimpi fantasi yang dibacakan oleh PPARPUKARI n' the gang. Apa yang pejuang/// katakan adalah atas KESEDARAN pejuang/// sendiri. Sahabat bloggers nak join sama, pejuang/// alu-alukan. Kita bukan menentang UBN Perak tetapi kita tidak mahu siPENCARUT ini mengEPALAI bloggers Perak.


Fikirkanlah saudara seperjuanganku...

Kita perlu bersatu kembali seperti dulu ketika menentang Pakatan Rakyat. Cuma bezanya kini kita menentang si PENCARUT itu dari terus memesongkan diri kita.

Kini "DIA" adalah "LIABLITI" Kepada UMNO Perak.

Lega rasanya bila dari pagi hingga ke tengahari pejuang/// dapat meluahkan apa yang terbuku di hati pejuang/// berkenaan sahabat bloggers seorang nie iaitu parpukari kepada beberapa orang bloggers yang aktif di Perak. Rata-rata semuanya bersetuju dengan pendapat pejuang/// berkenaan sikap UMNO Perak yang seolah - olah tidak nampak akan kewujudan BLOGGERS PERAK.

Tak dinafikan bahawa Salim @ parpukari juga anak Perak. Namun populariti beliau lebih menjurus seperti berniaga menggunakan blog. Kami ber sependapat ketika melayari blognya melihat bahawa tidak adil bagi seorang bloggers yang menyatakan perjuangannya dalam blog atas inisiatif sendiri demi memperjuangkan dan mempertahankan parti (klik) andai kiranya dia menghentap pemimpin dalam UMNO sendiri sehingga memberi ruang kepada lawan " untuk menagguk di air yang keruh ".

Pejuang/// melihat bahawa parpukari sebenarnya mempunyai masalah dengan YB KJ sejak dari YB KJ menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Setiap hari ada sahaja tindakan YB KJ yang dipertikaikan oleh parpukari seolah - olah calun yang beliau bawa iaitu YB Datuk Mukriz adalah anak kepada MALAIKAT yang seumur hidupnya dan keluarganya tidak pernah membuat DOSA apatah lagi kesilapan. Maka biar dikerat lapan nama untuk membiarkan sesiapa sahaja memburukan MAHAthir dan anaknya MUKriz akan beliau tentang habis-habiskan walaupun terpaksa menggunakan bahasa BANGSAT dan LUCAH.

Inikah didikan yang beliau dapat dari keluarganya? Pejuang/// tak mahu pertikaikan kerana itu hak dia. Persoalannya tidakkah UMNO Perak sedar bahawa parpukari kini adalah LIABILITI kepada UMNO Perak? Kalau parpukari boleh menyatakan bahawa bloggers seluruh Malaysia kecewa andai YAB DS Najib ingin melantik YB KJ dalam kabinet beliau maka pejuang/// di sini ingin menyatakan bahawa ramai bloggers di Perak juga kecewa andai UMNO Perak terus menjulang parpukari dalam memantapkan agenda UMNO Perak sendiri kerana bagi kami UMNO Perak seolah - olah menganggap BLOGGERS PERAK TIDAK WUJUD atau sehebat parpukari dan bagi kami PARPUKARI adalah LIABILITI KEPADA UMNO PERAK.

Biar pejuang/// dianggap berjuang keseorangan asalkan pandangan dan teguran dapat pejuang/// luahkan kepada semua. Buat UMNO Perak, selama ini pun di Perak telah ada team bloggersnya yang tersendiri dan berblog tanpa DIBAYAR cuma UMNO Perak mungkin lebih GELI dengan cerita fantasi lucah dari parpukari.

Tapi bagi pejuang/// bila seorang Menteri yang juga KETUA BAHAGIAN di Perak, diMAKI dan diCACI (klik) oleh parpukari ( yang dijulang pula oleh UMNO Perak ) itu adalah satu KESILAPAN yang amat BESAR.

Lihatlah nanti akan wujud beberapa bloggers yang akan bersatu atas satu matlamat untuk menegakkan KEADILAN di dalam UMNO Perak itu sendiri. Maka tunggu dan lihatlah...


Rabu, 9 Disember 2009

PARPUKARI JANGAN BIADAP...


Umum kenal siapa parpukari. Namun tahukah dia berapa ramai yang mulai menyampah dengan tulisannya di Blog? AMARAN kepada Parpukari, JAGA ADAPmu dan JANGAN BIADAP. Jangan ingat mereka yang kamu hentap itu tiada maruah seperti kamu. Dan jangan sampai KETURUNAN KAMU di kait dalam peperangan ini. Tak salah menegur tapi jangan hingga melebih dari KEBIASAAN melainkan kamu itu bukan keturunan MELAYU ISLAM yang tahu erti menjaga keperibadian sesama umat. CELAKA KE ATAS KAMU PARPUKARI...

Khamis, 26 November 2009

Mukriz calun BN di Kota Seputeh? Pakat Ramai-Ramai Sokong.. Jangan Tak Sokong

Mukriz calun BN di Kota Seputeh?
Mana calun lain?
Adakah kita telah ketandusan calun?
Atau ini satu lagi agenda puak tertentu yang nak naikkan Mukriz? Adus kaum, jangan ler terlalu taksub ngan seseorang pemimpin.....

Mana hebatnya Mukriz tu? Bagi pejuang/// hebat lagi Tun Mahathir.


Kenapa tidak kita letak saja Tun Mahathir sebagai calun? Bukan ker lebih molek? Kita lihat setelah Tun Abdullah melepaskan jawatan, Tun Mahathir kembali mewarnai dunia politik negara kita. Pejuang/// yakin kalau letak Tun Mahathir, kita akan kembali dapat meRAMPAS negeri KEDAH. Tak pun meLEPASkan terus KEDAH kepada PAS. Hehehehe....

Secara jujur kita serahkan kepada rakyat tempatan kerana mereka yang mengundi bukan kita. Pejuang/// ada mendengar yang bahawa ada anak tempatan yang disenangi oleh masyarakat setempat. So kalau rakyat mahukan SESIAPA SAHAJA maka tiada sebab kenapa kita menafikannya pula.

Buat sahabat parpukari dan teamnya, apa kata kome ler..... pejuang/// malas nak komen artikel kalian. PISTOL dan PELURU ada di tangan, MANGSA di depan mata...... apa lagi TEMBAK ler.
Macam ler pejuang/// tak paham.



* Bangga bila KJ mampu berdiri dan berjuang atas dirinya sendiri tanpa perlu ada puak-puak seperti mana jiran sebelah( sendiri mau paham ler). Seperkara lagi SELAMAT HARI RAYA SEMUA.... kepada bloggers yang ada penyakit darah tinggi ngan jantung, jangan banyak makan daging tu. Ingat insan tersayang.