1 Malaysia.... Rakyat Didahulukan, Kecapaian Diutamakan. Molek sungguh slogan itu dan amat bersesuaian di ketengahkan dik kala negara kita kini sedang hebat diuji dengan isu yang melibatkan Perlembagaan serta Perkauman. Tapi siapakah yang sebenarnya mengetengahkan slogan tersebut?
Adakah PM kita DS Najib atau mantan PM kita Tun Mahathir?
Pejuang/// cukup hairan mengapa setelah Najib menerajui negara ini, maka boleh dikatakan setiap minggu wajah Tun Mahathir sering keluar di kaca tv. Baik dalam sessi temubual mahupun di majlis-majlis rasmi kerajaan. Persoalannya dimanakah Tun Abdullah?
Adakah kepimpinan DS Najib mengamalkan sistem DOUBLE STANDARD dalam mengiktiraf bekas Perdana Menteri Malaysia? Apa kurangannya Tun Abdullah ketika menerajui negara? Kenapa semua kesilapan dan kekalahan yang dihadapi oleh UMNO/BN hanya Tun Abdulah seorang yang menanggungnya? Apa semua Menteri, Timbalan Menteri serta YB-YB tidak melakukan kesilapan? Jangan ingat Tun Abdullah tiada penyokong. Jangan ingat Tun Abdullah keseorangan dalam mengharungi tomahan dan cacian ini. Beliau juga ada penyokong.
Pejuang/// tidak menafikan kehebatan Tun Mahathir dalam mentadbir negara satu ketika dulu. Tapi sudahlah Tun, Bila dah lepaskan jawatan PM jangan pula bertindak seperti Menteri Kanan. Tidak dinafikan, dalam memastikan darah dagingnya tetap berada dalam kerajaan ini maka anaknya Mukriz Mahathir di tonjolkan. Cuma pejuang/// tabik spring kerana cara Tun Mahathir menonjolkan anaknya mengunakan kaedah orang matang dalam politik. Dengan menggunakan pengaruhnya, dengan caturan politiknya dan tak kurang melagakan sesama pemimpin maka Mukriz yang tewas dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda Malaysia terus diangkat sebagai Timbalan Menteri. HEBAT BUKAN.....
KJ pula bagaimana? Pejuang/// secara peribadi amat menghormati cara anak muda ini berpolitik. Manakan tidak, di saat beliau memasuki gelanggang merebut jawatan nombor satu dalam Pemuda Malaysia ayah mentuanya menghintung hari melepaskan jawatan nombor satu di Malaysia. Dan dikala itu KJ telah diserang bertubi-tubi dari setiap pelusuk yang ada. Namun anak muda berusia 35 tahun ini tidak melatah namun perjuangan beliau atas semangat SETIAKAWAN tetap diteruskan atas sokongan sahabat-sahabatnya yang setia bersama. Allah Maha Agung lagi Maha Mengetahui.... Dengan izinNYA jua maka KJ berjaya dalam pemilihan tersebut. Maka tamat sudahkah dugaan serta ujian buat KJ? Tidak.. tidak sama sekali. Sekali lagi KJ diuji, sebagai tanda kecewanya Mukriz gagal dalam pemilihan tersebut, sebagai tanda BENGGANG atas kemenangan KJ maka kouta Menteri / Timbalan Menteri yang lazimnya diberi kepada Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri tidak diberi kepada beliau. Hebat bukan politik negara ini..... Melatah ke KJ? Tidak sama sekali. Walaupun ada di kalangan penyokong beliau marah namun KJ bijak dalam membuat keputusan.
Maka beliau dengan rendah diri menyatakan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada kepimpinan DS Najib serta Timbalannya TS Mahyuddin ( orang kanan Tun Mahathir dalam kabinet DS Najib ) dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana melantik Naib Ketua Pemuda Malaysia sebagai Timbalan Menteri Belia Dan Sukan. Manakala Mukriz sebagai Timbalan Menteri AP. Hebat politik UMNO sekarang ini. Apa pun rakyat khasnya PEMUDA dapat melihat kepincangan ini. Lihatlah setiap hari sekatan dan serangan secara halus dikenakan kepada KJ namun KJ tetap KJ. Semangat SETIAKAWAN mengatasi segala-galanya. Doa dan harapan agar KJ tidak sama sekali tewas dalam perjuangan ini. KJ......, anda tidak keseorangan. Anda punya sahabat dari segenap lapisan pusat, negeri , bahagian dan cawangan yang menyokong perjuanganmu. Tiada jawatan dalam kabinet bukan alasan untuk kita berkhidmat. percayalah serangan ini tidak berhenti setakat ini malahan akan berterusan sehingga ke PRU-13. Apa natijahnya? mungkin KJ bukan calon ahli parlimen. Namun bro... Perjuangan tetap Perjuangan. Jawatan Ketua Pemuda Malaysia kita pertahankan selagi khidmatmu diperlukan.
Dan kita buktikan bahawa tanpa pengaruh AYAH, tanpa pengaruh AYAH MENTUA dan tanpa JAWATAN MENTERI........ KJ tetap KJ perjuanganmu tetap diteruskan atas semangat SETIAKAWAN.
Salam SETIAKAWAN.............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.