Selasa, 30 Mac 2010

Kebiadaban Sivakumar



Ketika di dalam dewan,PR cuba membuat provokasi dengan mengapi-apikan dan mempersoalkan perjalanan Dewan kepada Yang Berhormat Speaker Dato G.Ganesan. Di dalam video ini juga dapat dilihat bagaimana sikap sebenar YB dari PR khasnya YB Sivakumar yang masih mengidamkan kerusi Speaker. Jelas Sivakumar kini sudah Gila Meroyan!

Keberangkatan tiba DYMM Pemangku Raja Perak

Jam 10:00 am















Jam 10:30 - Di dalam Dewan Persidangan

Perasmian Sidang DUN 2010

9:00 am : Di pintu pagar SUK

9:00 am : Di Perkarangan SUK.




SAH YB KUALA KURAU KELUAR PAKATAN?


Sepantas mana masa berlalu, selaju itu juga khabar berita berkenaan ADUN Kuala Kurau YB. Ab. Yunus Bin Jamahari bermain di bibir setiap pemerhati politik. Perkhabaran bahawa YB Ab. Yunus mengikuti sahabatnya YB Parlimen Bagan Serai menjadi YB BEBAS semakin menjadi kenyataan.

Perkhabaran dari utara menyatakan bahawa, cubaan untuk mendapatkan kenyataan sebenar dari YB Yunus masih gagal hingga kini kerana beliau gagal dihubungi dan tindakan ahli keluarga beliau yang enggan bekerjasama dalam membantu memberi maklumat di mana Yb Yunus berada menjadikan cerita ini seakan-akan benar akan terjadi.

Sementara itu, sumber dalaman PKR dikatakan mulai kecoh dan goyah apabila tindakan YB Ab. Yunus membisu membuatkan ahli-ahli PKR khasnya di Perak mulai mempersoalkan kepimpinan PKR sendiri. Sekiranya benar, maka jelaslah esok hari Dewan Undangan Negeri Perak akan mempunyai 4 ADUN BEBAS. 1 dari DAP dan 3 dari PKR (sekiranya benar YB Kuala Kurau lompat parti).

Jelas, PKR akhirnya rebah dibumi bertuah PERAK DARUL RIDZUAN.
Selamat bersidang dari pejuang/// buat semua YB .......

Jumaat, 26 Mac 2010

DUN PERAK AKAN PUNYA 4 ADUN BEBAS ....

Kejutan demi kejutan bakal berlaku dalam masa terdekat ini. Pejuang/// mendapat perkhabaran ini ketika berada di Kuala Lumpur atas tuntutan kerja. Angin berita berkenaan YAB PM yang akan membentangkan Model Ekonomi Baru juga menjadi perbualan hangat disana selain rombakan kabinet.

Sejauh mana kebenarannya, sama-samalah kita saksikan nanti. Berlandaskan konsep 1Malaysia, YAB Perdana Menteri kita telah berjaya membuktikan bahawa RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Tahniah PM...

Sejurus pulang ke Ipoh, lagi satu perkhabaran mengejutkan singgah di kotak message handphone pejuang///. Perkhabaran menyatakan seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri Perak akan berstatus BEBAS. Biar benar ni, pejuang/// menghubungi penghantar message tadi dan beliau mengesahkan Yang Berhormat di maksudkan adalah dari PAKATAN RAKYAT. Sekiranya benar, pada 30 Mac 2010 ini, Perak akan mempunyai empat (04) orang Yang Berhormat berstatus BEBAS.

Apa pula sudah jadi kepada Pakatan Rakyat Perak, khasnya PKR? Bila mendapat kisah lompat melompat parti ini, maka cerita rombakan kabinet Malaysia bukan lagi isu utama di Perak. Rata-rata rakyat Perak menanti dengan penuh penuh persoalan SIAPAKAH YB YANG DIMAKSUDKAN AKAN MELOMPAT PARTI.....

Sabtu, 20 Mac 2010

BERSATU BLOGGERS PERAK.

Tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Perak khasnya mereka yang terlibat kerana akhirnya satu pertemuan antara En. Nizam Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Perak dan Bloggers Perak berjaya dilaksanakan (klik).

Dan jam lebih kurang 12.40 tengahari (sabtu), pejuang/// mendapat sms dari sahabat blogger yang menyatakan pagi tadi satu lagi perjumpaan antara Pegawai Pejabat MB dengan dua orang bloggers Perak telah berlangsung. Agenda pertemuan adalah berhubung hala tuju bloggers Perak.

Ini satu berita yang amat mengembirakan kita, gembira kerana akhirnya bloggers di Perak dapat duduk dan bersatu bawah satu tujuan dan punya matlamat yang sama. Kepada bloggers yang dimaksudkan, pejuang/// harap hasil pertemuan tersebut adalah positif dan memberi kebaikan kepada kita semua.

30 Mac 2010 semangkin hampir, seluruh mata rakyat di Malaysia akan tertumpu semula ke negeri Perak khasnya di Sidang DUN nanti. Sebagai bloggers jati Perak ayuh kita rapatkan saf dan bersatu dalam membantu menangkis serta menjawab segala tomahan dan fitnah yang pasti akan ditaburkan oleh mereka yang punya hasad dengki kepada pentadbiran kerajaaan UBN Perak.

Khamis, 18 Mac 2010

Luahan hati seorang blogger... Harap diberi perhatian..


Bila membaca luahan hati dari blogger Papa Gomo, pejuang/// mula tertanya ke mana sudahnya hala tuju blogger-blogger yang Pro kepada kerajaan UBN? Adakah perjuangan yang kita berikan mendapat perhatian seterusnya sokongan dari pihak kerajaan UBN? Atau kerajaan UBN merasakan mereka kini sudah cukup selesa dengan iklim politik semasa kini? Atau cukup dengan bloggers yang upahnya dibayar secara tetap setiap bulan? Berbanding bloggers jalanan yang berkorban dengan berblog demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA? Mungkin bloggers jalanan tidak sehebat mana yang mereka harapkan, pejuang/// akur..

Tapi jangan lupa atau buat tak ingat, bahawa bloggers jalanan punya pengaruhnya dan pengikutnya yang tersendiri.
Kepada mereka yang bertangungjawab hanya satu pejuang/// ingin katakan Jangan dijolok sarang tebuan...........

Luahan Papa Gomo,


Salam perjuangan buat semua rakan Blogg dan pembaca yang di kasihi sekalian...he he he..cam bagi ucapan pulak.....

Dalam seminggu dua ni nampak beberapa Blogger pro kerajaan meluahkan Kekecewaan pada Kerajaan BN terutama UMNO yang nampaknya GAGAL dalam membela nasib kami para Blogger jalanan ini. Malah banyak benda yang sebenarnya tersangkut akibat dari beberapa pimpinan tertinggi UMNO yang Indah Khabar dari Rupa.

Blogger kami Analisis Kumbang mengeluarkan Posting untk berundur diri dari dunia Blogger ini. Emmm kawan akui Kumbang memang seorang yang cekap dalam mengorek Maklumat, malah keupayaan Kumbang ini tidak dapat di hidu oleh Pakatan Pembangkang. Bukan kerana Kumbang ni Halimunan tetapi kelibat nya terbang bagaikan seekor Kumbang yang hinggap di mana sahaja tampa di kesan. Klik Kecewaan Kumbang Di Sini

Kumbang selalu ada di Majlis majlis mahupun Ceramah Pakatan Pembangkang, Bukan Bekopiah atau Bersongkok Kumbang menyamar namun ituah kelebihan Kumbang yang memang PRO dalam masuk ke Lubuk lubuk Penting bagi mengcungkil Berita. Pernah satu ketika semasa di Bukit Gantang Kumbang turut sama menyelinap bersama Pemimpin PAS merancang Strategi dalam mengFITNAH UMNO dan BN.

Hebat Kumbang ni...Sesiapa pun Tak kenal...He he he..Kumbang katakan....

Apa sekalipun KUMBANG tak patut bersara dari dunia Blogger ni, walaupun Blogger Jalanan kita masih Nadi penting buat Kerajaan Malaysia ini. UMNO perlu Prihatin pada kita, Namun ada sebab tertentu mereka tidak nampak Kerja yang kita lakukan.

INI LAH YANG GOMO NAK SENTUH!!!

Tak di nafikan ada Blogger yang menerima Gaji dan Elaun Bulanan yang menarik dari pihak tertentu dalam mereka Berblogging ini. Berbelogging ye...Bukan Goblok!!! Namun apabila mereka menerima Imbuhan dan sebagainya mereka ini tidak menyatakan kepada pihak yang memberi mereka bantuan itu akan keperluan Blogger Jalanan yang lain. Malah lebih UNGKAL lagi mereka yang kononya PROFESIAL ini menyatakan Kami yang Blogger jalanan ini adalah Geng mereka dan berada bersama Mereka. Konon macam depa yang Pro tu jaga Kita ni lah Blogger Jalanan.

Bukan itu sahaja, mereka yang ProfeSIAL ini apabila sudah berjaya mereka melupakan rakan yang seangkatan dengannya satu ketika dulu. Kawan kawan yang tidak ikut pesanan dari Blogger Kononya ProfeSIAL ini di pinggirkan dan di nyahkan dari jemputan tertentu.

Gomo juga pernah mengalami nya apabila beberapa kali tidak di panggil menghadiri sesuatu perjumpaan yang diadakan bagi Blogger bloggers. Nak buat macam mana? Ye lah kita ni Blogger Jalanan bukan nya blogger ProfeSIAL!!!

Walaupun demikian kita tak lah nak memboikot ataupun menghentam sangat Blogger ProfeSIAL ni. Al maklum mereka pun cari makan. He he he...dari Ikhlas berjuang mereka dah jadi Tamak Haloba.

Malah ada juga pihak pihak yang menjual nama kami di persada Politik dengan menyatakan kami blogger jalanan ini adalah team yang mereka tubuhkan. Siap ada yang minta Dana dari sesetengah pihak atas nama kami, namun Satu Sen HARAM pun kami tak perolehi apa apa. Ni pun satu lagi HARAMJADAH dalam politik nak dapat Glamour Kepartian.

Dalam mencari rezeki ni kita kena Ikhlas, Gomo hanyalah Peniaga Jalanan yang juga merangkap Blogger jalanan. Dah lama cari makan tepi jalan so tak kisah sangat lah bab Duit yang Blogger ProfeSial ni dok tergila gilakan. Al Maklum..Blogger Jalanan......

So elok Gomo meniaga tepi jalan macam biasa dan teruskan aktiviti blogger jalanan ni. Emmm sebenarnya sayang pada kerja Blogger jalanan yang tak bertuan ni. Al Maklum BEBAS...Syok...artikel pun sendiri punya. tak main lah COPY and PASTE!!!

Emmm Namun Gomo akui memang agak terkilan pada UMNO yang tak memandang Blogger jalanan macam Gomo, Kumbang, GAP, Bravehart, DET,Medan Info,PISAU, dan yang lain lain. Harap pihak berkenaan mengambil langkah yang elok dalam membantu kami yang Jalanan ni.

Kita memang tak Setaraf Blogger ProfeSial tu, tapi pandang pandang kami yang Berjuang ni. Bukan Balak yang kami minta, bukan Pangkat yang kami Gilakan, namun kesudiaan membantu kami dari segi logistik dan keperluan asas.

Dengan ini juga Gomo telah nekad untuk membuka akaun BANK bagi menagih sumbangan dari pihak pihak yang sudi membantu Gomo dalam meringankan beban Bil Talifon, Bil Broadband, dan wang sedikit sebanyak untuk kos perjalanan Gomo ke Lokasi Politik di adakan.

Maaf rakan rakan Blogger yang melarang Gomo untuk meminta Sedekah dalam Perjuangan Berblogg ini. namun sudah sampai masanya Gomo melakukan pekara sebegini dalam mengisi poket keewangan yang semakin banyak di keluarkan apabila sudah lama dalam Politik. Maaf rakan ku sekalian!!!!

Perjuangan dalam MEMBOGELKAN Pakatan Pembangkang Perlu di lakukan sehingga ke Titisan Darah yang Terakhir!!!

Allahuakhbar!!!

Psssttt...Kamera kecik tu pun dah Rosak, kena beli baru...Hu hu hu

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

* sumber dari Bro Jinggo / politik harian.

Rabu, 10 Mac 2010

BLOGGERs PERAK MENGUCAPKAN - SELAMAT MENINGGALKAN PERAK PARPUkari.

Pejuang/// terlebih dahulu mengucapkan tahniah ke atas usaha bro sekupangduas mengumpul sahabat-sahabat bloggers Perak dan berdailog bersama En. Nizam Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Perak dan En. Hanafiah Man dari Agenda Daily.

Pejuang/// sememangnya ada mendapat jemputan tersebut, namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka pejuang/// gagal menghadirkan diri. Maaf bro sekupangduas.

Siang tadi pejuang/// bertemu dan lunch bersama blogger Kamunting Central, banyak di sembangkan termasuklah berkenaan majlis semalam di Restoran Laksamana Ching Ho, Ipoh. Kehadiran hebat juga dalam 11 ke 15 orang bloggers yang hadir. Itu belum di kira dengan bloggers yang tidak dapat hadir seperti pejuang///.

Pejuang/// bertanya adakah majlis semalam berjaya mencapai sasaran seperti yang diharapkan? Kata blogger ni TIDAK. Kenapa pula tidak? Kehadiran En. Nizam dan En. Hanafiah sepatutnya boleh menyelesaikan segala kekusutan yang ada. Rupanya ada cerita disebaliknya...
Kata sahabat pejuang///, ada tetamu yang tidak diundang hadir sama. Lucu bukan, tapi siapa yang dimaksudkan tu? Blogger jugakah dia?

Bila ditanya akhirnya pejuang/// tahu siapa yang dimaksudkan oleh blogger Kamunting Central. Tapi bila di tanya pula kepada sahabat yang lain, pejuang/// tidak pula menyalahkan si bloggers yang hadir tanpa diundang. Ini kerana beliau hadir atas jemputan juga, tapi dijemput oleh seseorang yang juga hadir atas jemputan bukan oleh penganjur. Itu bukan soalnya, tapi yang membuat bloggers lain marah dah geram adalah kerana sikap si blogger yang tidak diundang oleh penganjur yang seolah-olah mendabik dada berbangga dengan diri seperti sahabat baiknya si parpukari.

Apa yang boleh disimpulkan dari cerita di atas? Kalian fikirlah sendiri.................
Kepada En Nizam.., jelas sekarang yang parpukari adalah liabiliti kepada UMNO Perak. Masih belum terlambat untuk UMNO Perak sedar dan bangkit dari kesilapan yang lalu. Satukan lah kami atas nama BLOGGERS ANAK PERAK.