Sabtu, 20 Mac 2010

BERSATU BLOGGERS PERAK.

Tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Perak khasnya mereka yang terlibat kerana akhirnya satu pertemuan antara En. Nizam Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Perak dan Bloggers Perak berjaya dilaksanakan (klik).

Dan jam lebih kurang 12.40 tengahari (sabtu), pejuang/// mendapat sms dari sahabat blogger yang menyatakan pagi tadi satu lagi perjumpaan antara Pegawai Pejabat MB dengan dua orang bloggers Perak telah berlangsung. Agenda pertemuan adalah berhubung hala tuju bloggers Perak.

Ini satu berita yang amat mengembirakan kita, gembira kerana akhirnya bloggers di Perak dapat duduk dan bersatu bawah satu tujuan dan punya matlamat yang sama. Kepada bloggers yang dimaksudkan, pejuang/// harap hasil pertemuan tersebut adalah positif dan memberi kebaikan kepada kita semua.

30 Mac 2010 semangkin hampir, seluruh mata rakyat di Malaysia akan tertumpu semula ke negeri Perak khasnya di Sidang DUN nanti. Sebagai bloggers jati Perak ayuh kita rapatkan saf dan bersatu dalam membantu menangkis serta menjawab segala tomahan dan fitnah yang pasti akan ditaburkan oleh mereka yang punya hasad dengki kepada pentadbiran kerajaaan UBN Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.