Kejutan demi kejutan bakal berlaku dalam masa terdekat ini. Pejuang/// mendapat perkhabaran ini ketika berada di Kuala Lumpur atas tuntutan kerja. Angin berita berkenaan YAB PM yang akan membentangkan Model Ekonomi Baru juga menjadi perbualan hangat disana selain rombakan kabinet.
Sejauh mana kebenarannya, sama-samalah kita saksikan nanti. Berlandaskan konsep 1Malaysia, YAB Perdana Menteri kita telah berjaya membuktikan bahawa RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Tahniah PM...
Sejurus pulang ke Ipoh, lagi satu perkhabaran mengejutkan singgah di kotak message handphone pejuang///. Perkhabaran menyatakan seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri Perak akan berstatus BEBAS. Biar benar ni, pejuang/// menghubungi penghantar message tadi dan beliau mengesahkan Yang Berhormat di maksudkan adalah dari PAKATAN RAKYAT. Sekiranya benar, pada 30 Mac 2010 ini, Perak akan mempunyai empat (04) orang Yang Berhormat berstatus BEBAS.
Apa pula sudah jadi kepada Pakatan Rakyat Perak, khasnya PKR? Bila mendapat kisah lompat melompat parti ini, maka cerita rombakan kabinet Malaysia bukan lagi isu utama di Perak. Rata-rata rakyat Perak menanti dengan penuh penuh persoalan SIAPAKAH YB YANG DIMAKSUDKAN AKAN MELOMPAT PARTI.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.