Rabu, 15 Julai 2009

PAS MENANG NYAWA-NYAWA IKAN!


Sesuai dengan tajuk di atas, pemenang bagi pilihanraya DUN Manek Urai, Pojee Ikan, dia menang pun ibarat nyawa-nyawa ikan je. Dia mendapat majoriti 65 undi sahaja!

Sehubungan dengan itu, ini adalah kejayaan BN yang terbesar kerana berjaya menidakkan majoriti yang besar dimenangi PAS tahun 2008! Klik Disini.

Dibawah ini pulak dari Blog Merentas Gelombang!

KEPUTUSAN RASMI PRK MANEK URAI
Pilihanraya Kecil 2009
Mohd Fauzi Abdullah (PAS) : 5,348
Tuan Aziz Tuan Mat (BN) : 5,283
Majoriti : 65
Pilihanraya 2008
Ismail Yaacob (PAS) : 5,748
Zulkepli Omar (BN) : 4,394
Majoriti : 1,352

KEPUTUSAN pilihanraya kecil Manek Urai mungkin adalah tanda awal penyakit krisis keyakinan rakyat terhadap UMNO akan berakhir. Kejayaan mengurangkan majoriti PAS daripada 1,352 undi ke hanya 65, merupakan tanda-tanda awal perubahan hati rakyat terhadap kepimpinan parti ini.

Walaupun kalah, tetapi UMNO kalah dengan bergaya. Kemenangan PAS memang telah dijangka kerana pilihanraya kecil ini diadakan di pusat kekuatan PAS – Kelantan. Tetapi kejayaan UMNO mengurangkan majoriti yang besar merupakan satu tamparan hebat di dahi PAS itu sendiri.

Bagaimanapun ia tidak bermakna, UMNO boleh berpuas-hati dengan “kejayaan” itu. Terlalu banyak kelemahan dan kesilapan yang perlu diperbaiki. Antaranya ialah, pemimpin UMNO perlu lebih sensitif-rakyat.

Protokol perlu diketepikan. Pemimpin UMNO tidak boleh lagi merasakan mereka seperti Presiden Amerika Syarikat yang perlu di kelilingi oleh pengawal-pengawal peribadi serta pegawai khas “empat peringkat”.

Kewujudan “orang-orang keliling” ini akan menjauhkan rakyat dengan pemimpin serta mewujudkan hijab antara masyarakat dan pemimpin UMNO.

Mungkin kata Dato’ Seri Shahidan Kasim ketika mengulas tentang Manek Urai betul, iaitu ia amaran awal pada PAS. Tetapi ia juga amaran kepada UMNO supaya meneruskan sikap sensitif-rakyat bagi mengembalikan keyakinan rakyat.

Manek Urai adalah pembuka jalan, dan jangan jalan itu terhalang lagi sebab pemimpin UMNO berubah-semula ke sikap lama selepas pilihanraya 2004.

Sumber: Blog Merentas Gelombang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.