Khamis, 10 Disember 2009

Kini "DIA" adalah "LIABLITI" Kepada UMNO Perak.

Lega rasanya bila dari pagi hingga ke tengahari pejuang/// dapat meluahkan apa yang terbuku di hati pejuang/// berkenaan sahabat bloggers seorang nie iaitu parpukari kepada beberapa orang bloggers yang aktif di Perak. Rata-rata semuanya bersetuju dengan pendapat pejuang/// berkenaan sikap UMNO Perak yang seolah - olah tidak nampak akan kewujudan BLOGGERS PERAK.

Tak dinafikan bahawa Salim @ parpukari juga anak Perak. Namun populariti beliau lebih menjurus seperti berniaga menggunakan blog. Kami ber sependapat ketika melayari blognya melihat bahawa tidak adil bagi seorang bloggers yang menyatakan perjuangannya dalam blog atas inisiatif sendiri demi memperjuangkan dan mempertahankan parti (klik) andai kiranya dia menghentap pemimpin dalam UMNO sendiri sehingga memberi ruang kepada lawan " untuk menagguk di air yang keruh ".

Pejuang/// melihat bahawa parpukari sebenarnya mempunyai masalah dengan YB KJ sejak dari YB KJ menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Setiap hari ada sahaja tindakan YB KJ yang dipertikaikan oleh parpukari seolah - olah calun yang beliau bawa iaitu YB Datuk Mukriz adalah anak kepada MALAIKAT yang seumur hidupnya dan keluarganya tidak pernah membuat DOSA apatah lagi kesilapan. Maka biar dikerat lapan nama untuk membiarkan sesiapa sahaja memburukan MAHAthir dan anaknya MUKriz akan beliau tentang habis-habiskan walaupun terpaksa menggunakan bahasa BANGSAT dan LUCAH.

Inikah didikan yang beliau dapat dari keluarganya? Pejuang/// tak mahu pertikaikan kerana itu hak dia. Persoalannya tidakkah UMNO Perak sedar bahawa parpukari kini adalah LIABILITI kepada UMNO Perak? Kalau parpukari boleh menyatakan bahawa bloggers seluruh Malaysia kecewa andai YAB DS Najib ingin melantik YB KJ dalam kabinet beliau maka pejuang/// di sini ingin menyatakan bahawa ramai bloggers di Perak juga kecewa andai UMNO Perak terus menjulang parpukari dalam memantapkan agenda UMNO Perak sendiri kerana bagi kami UMNO Perak seolah - olah menganggap BLOGGERS PERAK TIDAK WUJUD atau sehebat parpukari dan bagi kami PARPUKARI adalah LIABILITI KEPADA UMNO PERAK.

Biar pejuang/// dianggap berjuang keseorangan asalkan pandangan dan teguran dapat pejuang/// luahkan kepada semua. Buat UMNO Perak, selama ini pun di Perak telah ada team bloggersnya yang tersendiri dan berblog tanpa DIBAYAR cuma UMNO Perak mungkin lebih GELI dengan cerita fantasi lucah dari parpukari.

Tapi bagi pejuang/// bila seorang Menteri yang juga KETUA BAHAGIAN di Perak, diMAKI dan diCACI (klik) oleh parpukari ( yang dijulang pula oleh UMNO Perak ) itu adalah satu KESILAPAN yang amat BESAR.

Lihatlah nanti akan wujud beberapa bloggers yang akan bersatu atas satu matlamat untuk menegakkan KEADILAN di dalam UMNO Perak itu sendiri. Maka tunggu dan lihatlah...


7 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Saya amat setuju dengan saudara. Mengapa Mahathir dan keluarganya seoalah-olah tidak boleh 'disentuh', diagungkan sama seperti Nik Ajiz dan keluarganya..pasti di serang mati-matian oleh pentaksub PAS.

    Rupanya dalam UMNO pun ada juga makhluk dan eleman sebegini malah lebih teruk. Saya juga tidka faham mengapa Pak Lah, Khairi dicerca teruk terang-ternag oleh bloggers pro-mahathir dan kebencian yang tiada asas kukuh..

    Janganlah dipecahkan lagi bangsa Melayu setelah DAP PKR PAS melalui pakatan haram tu dah berjaya rosakkan kita..

    mereka sudah jadi singa lapar yang nak baham siapa sahaja yang berada dengan UMNO, so kenapa kita masih tidka sedar..?

    BalasPadam
  2. Salam Bro:
    Saya lihat dgn terasa sedih melihat gelagat orang Melayu. Yang mana musuh dan dan yg mana sahabat? Yg mana hendak kita lawan dan yg mana hendak kita berbincang. Sedang dajjal dan yahuid melaun bermaharajelela, kenapa saudara sibuk hendak menghentam semasa sendiri? Apakah kerana apa yg disebut oleh Bro. Parpu salah, sedang dah terbukti semua KP seluruh negeri di atur oleh anak Omak terdiri dari orang2 penjilat beliau. Apakah saudara sendiri sebagai bloggers terpampang muka anak Omak adalah orang penyokong kuat KJ, kerana ikhlas atau kerana udang disebalik mee kwaytiau? Gunakanlah akal dan otak berjambut saudara, sedang perkara yg remeh ini hendak saudara bercakaran sesama sendiri, DAPig dan Yahuid melaun tiap2 hari semakin berani. Kalau saudara orang jantan berdarah pendekar, tunjukkanlah keberanian dgn DAPig, komunis dan Yahudi dan bukanlah dgn sesama bangsa. Jadi lah gentlemen dan waras fikiran. Janganlah berpikiran ingusan dan ganster kampong dusun. Buat malu company sendiri je. Pikiq2 kanlah

    BalasPadam
  3. Saya pun hairan aaa...sapa tak pernah buat jahat atau buat nakal? Kalau org mcm KJ tu darah muda biasa laa..tp jgn kita kutuk mcm Mantan Tun M tak pernah buat kesalahan...penyumbang kepada kacau bilau serta porak peranda UMNO ni dtgnya dari Mantan Tun M (cuba singkap sejarah kembali masa PRU12). Kalau rasa semua org tak betul itu salah ini salah baik jgn letak jawatan jgn jatuh air muka org. Team pemimpin sekarang nak buat kerja pun serba tak kena, asyik kena "belasah" ja dgn Mantan Tun. Tun M lagi laa teruk hati mmg busuk laa tak patut laa nak musuh dgn Mantan Pak Lah. Nampak sgt laa sikap busuk hati terang-terangan keluar pastu masuk UMNO balik, kalau ye pun tak suka cara Pak Lah jgn buat terang terangan tunjuk mcm ber"kuasa". Najib dgn Muhidin tak de bodoh nak bagi jawatan kat KJ (kalu benar) pastinya setiap perjalanan KJ ada mata yg bakal memerhati, dan kalau KJ yg baru lepas balik haji ni dah bertaubat dan mahu buktikan beliau pun boleh buat kerja dan tak "melencong jalan" inilah masanya buat baik-baik, rakyat ada mata dan otak. Kenapa kita mesti maki hamun org bernama KJ. Apa teramat teruk ke KJ tu sampai tida sumbangan? Apa anak-anak Tun M tak kan tak pernah terima habuan dlm syarikat syarikat kot...hai buat bisnes ni nak minta projek masuk tak kan cakap guna air liur saja kot tak kan tak de "sumbangan atau komisen" atau paling tidak pun "sponsorship". Sudah laa...jgn buat andainya semua org tak baik tu tak baik, masyarakat patut bagi peluang terutama kita org islam org melayu, kalau KJ tu diletakkan sama satu bilik dgn Anuar rasa aku mmg kena buku dgn ruas, masing masing ada ego masing masing. Bagi pendapat aku laa kelaurga Mantan Pak Lah ni paling byk diam dari memcampuri urusan yg sedia ada, sabar teramat serta tak de nak melatah tak tentu hala. Dah retire tu buat mcm retire tak perlu tunjuk besar nak mengomen Najib itu Muhidin ini, kesian Najib dan pemimpin lain nak tegur orang lama kan Tun M merajuk atau marah, malah yg iman kuat tu cuma boleh tutup telinga dan mulut ja apa yg Tun M kata kan komen lebih takut jd mcm Nazri lak ..suka hati ko la labu...ko penat ko diam. Saya tak berapa meminati Parpukari ni kerana "mendalam" sgt cara penulisan beliau tak ambil kira dosa pahala, tatasusila, hati org terguris ke tak belum tentu lagi. Ini bukan nak bg penyatuan malah ni merosakkan semasa kita terutama org melayu dlm UMNO itu sendiri. Tak payah la nak berpuak puak, sedar laaa wahai pemuda serta wanita umno, zaman kegemilangan, bangga diri, mimpi indah telah tiada...pijak dibumi yg nyata bangun, berusahalah ke arah perpaduan, tolak tepi rasa irihati, puak puak ni. Tak de faedah pun, kerana apa yg berlaku sekrang akan terus begini maka bakal bersatu hati atas nama kaum adalah Cina. Malu la sikit.

    BalasPadam
  4. Betul la jgkan..

    ..Apepun Bro2 skalian...jomlah kita berdamai..Allah jadikan kita semua ini untuk berkenal, berbaik-baik dan membuat kebaikan bersama..tetapi setiap kita dengan kelemahan masing..kenalah belajar menerima asalkan tidak melampau atau merosakkan perjuangan..

    Berdamailah Bro2 semua untuk kita kuatkan barisan melawan DAP Celaka Jahanam tu bersama konco-konco talibarut orang Melayu PAS PKR sendiri..

    Kalaulah UMNO berpecah lagi, lemah, bergaduh tk serik2 lagi..kat mana lagi kita nak berjuang tegakkn Islam dan Negara? PAS sudah teruji KARUT lagi PEMBOHONG malah gunting dalam lipatan kepaad ISLAM dan bangsa MELAYU.

    Tidakkah kita sayangkan bumi tercinta ini? Lupakah kedudukan kita sekarang, terutama pasca PRU12 betapa huru-haranya pemikiran Melayu Islam ini sehinggakan semalam DAP Komunis Celaka Anjing Ngok Kor Ming tu dah sejengkal lagi sentuh goncang Agama Mulia kita hal berkaitan pembinaan masjid.

    Kita tengoklah Nizar..nama sahaja Islam tetapi ngok dan bodoh menjadi alat kafir Harbi, memperalatkan Melayu lain yang super bengong untuk berguling atas jalan raya untuk derhaka kepada Raja dan Sultan yang telah berikan kedudukan sebagai MB kepadanya?? Tengok betapa sempit dan mudah jadi hamba abdi si Nizar ini kerana sayangkan Ngok, Ngeh, Kit Siang, Guan Eng pemakan babi ini..

    Tapi bila masjid atau Islam dihina..mereka jadi syaitan bisu..malah lebih bisu dari syaitan..xde pun buat tnjuk perasaan atau bantah..inilah orag Islam yang munafik lagi jahat..menyesatkan umat hanya untuk kepentingan nafsu serakah! KUASA!!WANG!!

    INSAFLAH wahai semua..tolonglah kembali bersatu...aku doakan kita semua dapat bersatu dalam perjuangan sebenar Insya Allah!!!

    BalasPadam
  5. Saya juga tertarik dengan Bro di atas, benar sekali kalau kita lihat Mahathir lancarkan perang saraf bermusuh dengan Pak Lah tanpa sebab kukuh, bermusuh sehingga lubang cacing, mengganggu gugat UMNO dari luar dan dalam.

    Beliau bekas PM, Bekas Presiden, dilabel Negarawan tetapi aksinya amat berbeza. Beliau sebijik macam Nik Aziz, orang lain salah, aku saja betul,
    Di canangnya Khairi/ Budak hingusan/ Budak Tingkat 4/ habis-habisan dengan macam-macam cerita konon mahu jual Malaysia pada Singapore, diserafkan pada ahli-ahli UMNO entah betul atau tidak..maka berpecahlah lagi UMNO. Itupun Pak Lah manusia baik yang lebih cerdik dan dewasa dari Mahathir bergaduh macam budak2, Pak Lah berdiam diri dan lepaskan jawatan.. Sudah lepaskan jawatan masih dendam lagi..apa punya orag tua..buat malu orag Kedah saja...bukan nk jadi pembimbing orang muda dalam politik, tp jadi musuh dalam selimut.

    Punya syokla HARAKAH gunakan istilah TUN menyerang UMNO..inilah kebodohan Tun walaupun lihat banyak berjasa. Walaupun berjasa tetapi kalau akhirnya jadi pelingkup perjuangan buat apa. Bagi keliru Melayu, masyarakat!

    Kalau lihat gaya Mahathir bagi komen..xde semangat langsung. Kalau Nik Aziz tua nanyok tu pun dia masih setia bela PAS, pimpinannnya. Mahathir entah lalang jenis apa..nak kata bela UMNO pun tidak, bela Melayu pun tidak, bergaduh dengan budak2..punya jelikk. yang dia kira nak naikkan anak dia Mukhriz..kalau Mukhriz tu hebat takk payah takut, satu hari nanti dia akan naik..ini tak hebat mana tapi duk promosi macam juai minyak anginn..

    Lepas tu sudahlah..puak2 UMNO yang taksub Mahathir mcm PAS yang taksb Nik Aziz ni, pakat seranglah sapa2 yang sentuh hal Mahathir dan Mukhriz..xboleh komen negatif langsung..gila ka apa..ingt depa tu Nabi ka?? Mesti ada buat silap, rasional l a..

    Sekarang ni Najib dengan Muhyiddin bertungkus lumus berusaha nak lawan musuh2 luar, nak pulihkan perpaduan, ekonomi setelah puas Mahathir perghabih buat projek mega, mai pulak dah musuh dalam selimut UMNO jadi pengacau..org tua pulak tu yang buat kerja ni..bekas negarawan..susahlah Najib nak tegur..silap-silap Najib akan jadi mcm Pak Lah, dilondeh semua..

    Cukup lah Mahathir oii..usia macam ni untuk menambahkan kawan, menurunkan pegalaman, meningkatkan ibadah, rumah kata pergi kubur kata mari2..jadi seharusnya kurangkanlah permusuhan, kembalilah kepada perdamaian, buanglah dendam kesumat..toksahlah cari pasai dengan budak2..kalau terigin sangat nak bergaduh pi bergocoh dengan Kit Siang, Guan Eng, Anwar, Nik Aziz atau Kuan Yeu, ini dengan budak separti..ape kelass ni??

    sama2 kembalikan kekuatan orang Melayu ini..

    BalasPadam
  6. Saudara seperjuangan sekalian, mungkin saudara sedar atau tidak apa yang pejuang/// pertikaikan disini adalah sikap dan cara tulisan parpukari di dlm blognya juga persoalan mengapa UMNO Perak meminggirkan bloggers-bloggers dalam negeri Perak. Soal siapa sokong siapa itu bukan soalnya. Memang pejuang/// mengaku bahawa pejuang/// adalah antara yang mengundi KJ sebagai Ketua Pemuda dulu. Dan ada artikel parpukari yang pejuang/// copy ke dalam blog pejuang/// juga ada perkara dan tindakan Tun Mahathir yang pejuang/// sokong. Tapi dengan berbahasa lucah serta memaki hamun sesama bangsa itu bukan asas perjuangan pejuang///. Kita berblog biar ada adapnya dan kita perlu bersatu menentang Pakatan Rakyat bukan membuka ruang kepada Pakatan Rakyat untuk menyerang kita. Kepada saudara TANPA NAMA, pejuang/// sambut baik agar kita bersatu. Beri sokongan dan peluang kepada pemimpin untuk mereka membuktikan kepimpinan mereka. Andai mereka gagal, kita pilihlah yang lain pada pemilihan yang akan datang.

    BalasPadam
  7. Saya setuju dengan Pejuang///

    Insya Allah semoga kita bersatu untuk Islam, Melayu dan Negara menentang Pakatan Rakyat.!!

    BalasPadam

Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.