Khamis, 26 November 2009

Mukriz calun BN di Kota Seputeh? Pakat Ramai-Ramai Sokong.. Jangan Tak Sokong

Mukriz calun BN di Kota Seputeh?
Mana calun lain?
Adakah kita telah ketandusan calun?
Atau ini satu lagi agenda puak tertentu yang nak naikkan Mukriz? Adus kaum, jangan ler terlalu taksub ngan seseorang pemimpin.....

Mana hebatnya Mukriz tu? Bagi pejuang/// hebat lagi Tun Mahathir.


Kenapa tidak kita letak saja Tun Mahathir sebagai calun? Bukan ker lebih molek? Kita lihat setelah Tun Abdullah melepaskan jawatan, Tun Mahathir kembali mewarnai dunia politik negara kita. Pejuang/// yakin kalau letak Tun Mahathir, kita akan kembali dapat meRAMPAS negeri KEDAH. Tak pun meLEPASkan terus KEDAH kepada PAS. Hehehehe....

Secara jujur kita serahkan kepada rakyat tempatan kerana mereka yang mengundi bukan kita. Pejuang/// ada mendengar yang bahawa ada anak tempatan yang disenangi oleh masyarakat setempat. So kalau rakyat mahukan SESIAPA SAHAJA maka tiada sebab kenapa kita menafikannya pula.

Buat sahabat parpukari dan teamnya, apa kata kome ler..... pejuang/// malas nak komen artikel kalian. PISTOL dan PELURU ada di tangan, MANGSA di depan mata...... apa lagi TEMBAK ler.
Macam ler pejuang/// tak paham.



* Bangga bila KJ mampu berdiri dan berjuang atas dirinya sendiri tanpa perlu ada puak-puak seperti mana jiran sebelah( sendiri mau paham ler). Seperkara lagi SELAMAT HARI RAYA SEMUA.... kepada bloggers yang ada penyakit darah tinggi ngan jantung, jangan banyak makan daging tu. Ingat insan tersayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.