Isnin, 12 Oktober 2009

Bukan Tolak perjuangan PAS. Tetapi tolak cara dan ketaksuban PAS.



Sumber diambil daripada blogger Politik harian - Brojinggo

Bila kita lihat keadaan sekumpulan orang seperti ini di jalan-jalan utama sewaktu kempen kemudian kereta anda ada pula lambang BN/UMNO, beranikah anda bergerak perlahan melintasi mereka? Provokasi melampau acara politik ikutan pejuang palsu ini sebenarnya tidak tahu apa yang diperjuangkan parti secara pasti.

Kebanyakkan cuma sekadar seronok dan teruja kerana dapat berlagak seperti sekumpulan manusia yang ‘digeruni’ dan ‘ditakuti’. Bukan? Wahai PAS, jika begini cara kamu berpolitik, negara pasti akan hancur lantaran budaya yang dibawa seperti ini tanpa ditegur pemimpin-pemimpin kalian.

Setiap kali pilihanraya, PAS pasti akan berkerumun beramai-ramai dan menyesakkan jalan-jalan seperti di tempat-tempat lain. Khabar angin akan berlakunya keganasan, huru hara dan kekacauan akan berlaku di tempat pengundian juga disebar-sebarkan bagi menakut-nakutkan rakyat daripada menunaikan tangungungjawab sebagai rakyat yang berhak mengundi.

Awas!! sebelum memakannya, bacalah bismillah kemudian AlFatihah, Ayatul Kursi disusuli bacaan 3 Qul sebanyak 3 kali bagi menghilangkan jampi mahaguru politik (just in case) yang mampu membuatkan rakyat terpedaya dengan janji syurga dan semangat perang fisabilillah menentang BN dalam PRK.

Beginilah cara PAS yang sungguh terdesak. Mereka menggunakan peniaga-peniaga, khidmat samseng, pemandu-pemandu kereta yang tiada haluan ditempat-tempat mereka, pelakon-pelakon wayang yang kononnya mangsa keganasan petugas umno, agar rancangan mereka untuk merosakkan pilihanraya berjalan seperti yang dimahukan.

Janganlah mengeksploitasi identiti islam untuk kepentingan parti dengan bertindak seperti pengganas, janganlah memfitnah Islam melalui tindakan kalian itu. Sekiranya ada jemaah tempatan/orang datang yang tidak sama haluan politik dengan PAS yang ingin bersolat di masjid yang dipenuhi kariah kalian, janganlah pula mereka dijeling dan dipandang hina kerana umat Islam itu hanya Allah yang menilai darjatnya di akhirat esok, bukannya tok guru kamu.

Jauhi sifat bermusuh-musuhan, kerana ia bukan cara dan sifat kita sesama umat Islam dan bukan untuk menunjukkan yang kita ini lebih mulia. Berbaik-baiklah sesama kita, jauhi sifat membenci dan jangan sekali-kali memutuskan sillaturahim antara rakyat di negara kita ini.

Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud:

Sesungguhnya menghubungkan silatul-rahim itu akan menimbulkan kecintaan (kasih sayang) di kalangan keluarga, menyuburkan rezeki (harta) dan memanjangkan umur" - (Riwayat Tirmizi daripada Abu Hurairah).

Dalam Hadits yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda :

Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturahimnya - (Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah).

Manfaat yang lain ialah: Mendekatkan seseorang kepada rahmat Allah. Rasulullah s.a.w bersabda,

Sesungguhnya rahmat tidak akan turun kepada suatu kaum yang di kalangan mereka ada orang yang memutuskan silatul-rahim - (Riwayat Bukhari daripada Ibnu Abi Aufa).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.