Jumaat, 13 November 2009

ABROAD TECHNOLOGY Penaja TG Nik Aziz & Famili Menunaikan Haji.



updated: Berikut adalah petikan dari Agenda Daily:

Alwi juga hairan kenapa setelah isu tersebut ‘meletup’ kenapa kini ada usaha untuk mengalihkan perhatian dengan cuba mengaitkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Kini mereka cuba mengalihkan perhatian apabila mula menyebarkan cerita kononnya isu pembiayaan haji ini didalangi oleh UMNO dan BN. Apakah mereka ingin mengatakan bahawa menantu Nik Aziz adalah dalang UMNO dan BN,” soalnya.

Alwi juga mendakwa, syarikat Abroad Technologies Sdn Bhd milik Nordin kini telah dijual kepada seorang tauke Cina.

Selain itu, Alwi turut mendedahkan pembinaan sebuah sekolah agama dibiayai oleh sebuah syarikat yang telah mendapat kontrak daripada kerajaan negeri.

“Sebuah syarikat bernama Sensa Timur telah diberi kontrak membina bazar Tok Guru di Kota Bharu. Syarikat ini juga telah menderma untuk membina sebuah sekolah agama berhampiran rumah Nik Aziz yang diberi nama Darul Anwar,” ujar beliau. Klik sini untuk bacaan selanjutnya.

******************************************

Pejuang/// baru sahaja diberitahu bahawa syarikat yang ingin menghantar Nik Aziz untuk mengerjakan ibadah haji adalah Abroad Technology Centre Sdn Bhd, syarikat ini mendapat hak ekslusif memasang Billboard di seluruh Kelantan di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Tak salah memang tidak salah bila menantu menaja pak mentua menunaikan Haji. Tapi masalahnya bila duit yang ditaja bukan dari poket Ariffahmi yang menerajui PMBK tetapi dari Abroad Technology.

Apa kaitan Abroad Technology dalam hal ini? Abroad Technology adalah syarikat yang diberi hak ekslusif oleh PMBK untuk pemasangan Billboard di seluruh Negeri Kelantan.

Pakej yang telah diberi oleh Abroad Technology ini berharga RM65,000 satu kepala kepada Nik Aziz dan keluarga. Yang akan mengikuti rombongan haji tajaan syarikat yang telah disebut di atas tadi ialah, Nik Aziz dan isteri, Menantu Nik Aziz (Ariffahmi) dan isteri, setiausaha sulit Nik Aziz beserta dengan Nordin (tuan punya Abroad Technology) dan isteri. Kesemua pakej rombongan diatas dibuat bayarannya melalui TH Travel Sdn Bhd!

Apa boleh kita BAHASAkan dalam urusniaga ini? SEDEKAH? SUMBANGAN? atau RASUAH? takan kita nak samakan ini seperti sistem bata.Apa yang dibisikkan ke telinga pejuang///, sistem ini TG Nik Ajis melebelkan sebagai membalas BUDI-BAIK.

Info ini telah diberi oleh YB Dato Alwi Che Mat yang merupakan Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Dato Alwi juga mempunyai semua dokumen-dokumen berkenaan seluruh urusniaga ini. Nantikan pendedahan seterusnya!

Nak tengok hasil kerja yang telah Abroad Technology lakukan di Kelantan klik disini...

* Info ini pejuang/// panjangkan dan diolah dari blog parpukari.
Tq bro...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.