Rabu, 28 Oktober 2009

BAJET YANG ISLAMIK…. DINIKMATI BERBILANG BANGSA JUGA SEMUA PERINGKAT UMUR DAN …….. YANG PALING PENTING… DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT.


Maaf kerana mungkin agak terlewat untuk pejuang/// mengulas berkenaan bajet yang telah dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Perak dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pagi tadi.


Mengapa pejuang/// menyatakan bahawa bajet ini ISLAMIK?


Menaikkan elaun Guru-Guru KAFA dari RM75 sebulan kepada RM200.

Bayaran elaun bulanan bagi Bilal dan Siak diperuntukan sebanyak RM5.99 juta.

Memperuntukan sebanyak RM1.0 juta bagi menampung perbelanjaan membayar elaun

guru-guru Sekolah Agama Rakyat yang mengajar subjek agama dan Al-Quran.

Menyediakan insentif kepada Pendaftar dan Pen. Pendaftar Perkahwinan, pencerian dan Ruju’

Org Islam sejumlah RM0.45 juta.

Mewujudkan Maahad Tahfiz di setiap daerah. Sebagai permulaan Maahad Tahfiz di daerah

Manjung menerima peruntukan sebanyak RM1.0 juta. ( pejuang/// dapat agak bahawa Maahad

Tahfiz yang dimaksudkan berada di Pangkor.

Menambah kouta seramai sepuluh orang dari lima orang sebelum ini menunaikan Haji kepada

Pen. Pendaftar yang melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM60 ribu.


Untuk yang bukan beragama Islam pun ada……..


Kerajaan Negeri meperuntukan sebanyak RM0.5 juta untuk kaum Sikh.

Mewujudkan tabung khas pendidikan bagi kaum India sebanyak RM1.0 juta.

Peruntukan untuk orang asli sebanyak RM1.0 juta.

Sekolah persendirian Cina (SUWA) menerima kenaikan sumbangan dari RM30 ribu setahun

kepada RM400 ribu setahun melibatkan sembilan buah sekolah.

Peruntukan untuk Hal Ehwal Bukan Islam dinaikkan daripada RM2.0 juta kepada RM3.5 juta.


Yang belia pun ada juga......


RM2.0 juta disediakan bagi program PENGUPAYAAN BELIA.


Dan yang ini paling bermakna ……………..


Memberikan perlindungan insurans berkelompok kepada 600 orang pemandu sebagai

tambahan kepada bayaran di bawah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja bagi Anggota

Perkhidmatan Awam.


Sebenarnya banyak lagi tapi hanya ini sahaja berkesempatan pejuang/// rakamkan

ketika berada di Persidangan Dewan pagi tadi. Ini baru lapan bulan BN memerintah

dah cukup hebat bukan macam Pakatan Rakyat, 11 bulan memerintah apa yang

terlaksana?


FIKIRKANLAH SENDIRI.....................

6 ulasan:

  1. Benar kata pejuang. Ini Bajet dari rakyat untuk rakyat.

    BalasPadam
  2. Pejuang,
    baru 8 bln BN memerintah di Perak. Pelbagai usaha dirancang dan berjaya dilaksanakan. Patutlah PAS dan Pakatan Rakyat keluar dewan. Rupa-rupanya mereka mengaku kalah kepada Kerajaan Barisan Nasional.
    Terus dedahkan kepada kami apa yang dilakukan oleh kerajaan BN.
    Boleh tahan juga pejuang ni ye.

    BalasPadam
  3. BN PENIPU. ITU BAJET PAKATAN RAKYAT. KAMI MERANCANG TAPI BN DAPAT NAMA.

    BalasPadam
  4. memang memalukan serta menjatuhkan keriabiliti PAS.Nizar seolah-olah menghalalkan cara dengan tindakan songsangnya. Tindakan PR pagi tadi membuatkan rakyat semakin hilang keyankinan kepada PR

    BalasPadam
  5. Semua ini mainan Barisan National yang takut kpd kebenaran. Bajet yg dibentang adalah bajet Pakatan Rakyat, Janji Pakatan Rakyat kepada rakyat. Hadiah kepada pengundi. Ini dinamakan lembu punya susu sapi dapat nama.

    BalasPadam
  6. Hai berpakat semua hentam saya yer...? Xpa buatlah....luahkanlah apa yang terbuku kerana... cacian kome, marah nyer kome sikit pun x membuat DUN Perak di bubarkan. Hehehehe... PAS kuda tunggangan DAP.

    BalasPadam

Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.