Khamis, 6 Mei 2010

Kisah Dalam Yayasan Perak....


Salam perjuangan. Terlebih dahulu pejuang/// mengucapkan tahniah kepada Yayasan Bina Upaya kerana berjaya mengadakan simposium pada Isnin lalu....

Setelah sekian lama tidak updatekan blog kerana kesibukan tugas semasa, pagi ini pejuang/// terbaca satu artikel dari blog Selamatkan Perak berhubung isu JHEOA diarah menyalurkan wang RM 1 juta kepada Yayasan Perak. Dalam artikel tersebut, ada menyatakan bahawa arahan datangnya dari Pejabat Menteri Besar Perak (melalui surat YAB Menteri Besar Perak). Benarkah atau ini lagi satu cubaan memburukkan pentadbiran kerajaan BN khasnya di bawah kepimpinan YAB DS Dr. Zambry sendiri. Pejuang/// yakin, andai benarlah ini satu lagi gerakan memburukkan imej BN di Perak khasnya UMNO itu sendiri maka BERTINDAKLAH SEGERA. Pejuang/// tidak mempertikaikan YB Dato' Nazri Ismail kerana beliau adalah Pengerusi dilantik kerajaan negeri. Tapi di mana pula atau apakah pula tindakan oleh Pengurus Besar Yayasan Perak, En. Abdul Jamil Bin Mat Kasa? Adakah mendiamkan diri tanpa ada rasa tanggungjawab untuk membetulkan keadaan yang sebenar? Seperti kata blogger Selamatkan Perak (p/s : Pakat tukarlah muka lama kepada yang baru) amat dipersetujui oleh pejuang///.

Persoalan pejuang/// kepada En. Abdul Jamil B. Mat Kasa :

1. Benarkah wujud surat yang dimaksudkan?
2. Kalau benar surat tersebut datangnya dari Pejabat MB Perak, siapa yg menandatangani?
3. Logik ke untuk seorang pembesar negeri mengarahkan jabatan persekutuan menyalurkan wang sebanyak itu kepada sebuah yayasan?
4. Banyak duit JHEOA yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat kepada jabatan tersebut?

Pejuang/// menantikan jawapan tersebut. Andaikata masih senyap membisu, maka lihatlah nanti cerita ini akan menjadi satu isu yang panas dalam negeri Perak dan menjadi bahan politik untuk barua pakatan rakyat berkempen.

Siapa yang harus kita persalahkan?

1. YAB Menteri Besar Perak - Tidak.
2. YB. Dato' Nazri Ismail - Tidak.
3. Yayasan Perak - Tidak.

4. En. Abd. Jamil B. Mat Kasa - Ya (
kerana beliau adalah Pengurus Besar Yayasan ).

P/s : Harap sangat En. Jamil dapat mengeluarkan kenyataan bagi menafikan segalanya.

Kerjasama dari En. Abd. Jamil Bin Mat Kasa amatlah pejuang/// harapkan.

1 ulasan:

  1. Kerajaan Perak Full of craps......sembang budget tinggi kalah langit...30 million la aper la....hutang 30,000 tak terbayar2

    BalasPadam

Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.