Selasa, 16 Jun 2009

NASIHAT NIK AZIZ : " TUMPAHKAN DARAH SEISLAM " ada ke patut??



Perkembangan Pilihanraya Manek Urai di Kelantan bakal mencetus "pertumpahan darah". Begitulah "fatwa" terbaru dari Nik Aziz, mursyidul am PAS yang dikatakan "maksum". Nik Aziz dengan bangganya menyeru supaya usaha mempertahankan DUN Manek Urai walaupun terpaksa "bertumpah darah"! "Gedebe" nampaknya MB Kelantan ini, amat bersesuaian dengan dakwaannya bahawa Allah itu juga bersifat "Al-Gedebe". Begitulah "fatwa" terbaru versi "Islam Nik Aziz".

Jelaslah Nik Aziz cuba menerapkan nilai "jihad" di dalam hati sanubari PAS dalam usaha "perang"nya kepada UMNO. Mungkin bagi Nik Aziz, UMNO adalah sebuah bangsa "kafir" yang harus diperangi sebagaimana di zaman kegemilangan Islam ketika perang Salib dahulu. UMNO baginya harus ditentang walaupun sehingga ke titik darah yang penghabisan. "Darah" ahli-ahli UMNO ini adalah "halal" baginya. Mungkin pada masa akan datang, Nik Aziz akan mengeluarkan "fatwa" terbarunya yang mendakwa bahawa "UMNO adalah murtad"! Begitulah bencinya Nik Aziz kepada UMNO dan ahli-ahli UMNO.

Astaghfirullahil 'Azim. Begitu sekali tanggapan Nik Aziz kepada UMNO dan ahlinya. Sedarkah Nik Aziz ketika membuat kenyataan tersebut? Atau beliau sedang "mamai" baru bangun tidur? Waraskah Nik Aziz? Tidakkah Nik Aziz lihat dan sedar bahawa UMNO sudah, sedang dan akan terus memperjuangkan nasib Islam, bangsa dan negara ini? Apakah Nik Aziz sudah "buta hati"nya untuk melihat pembangunan dan dasar-dasar Islam yang diterapkan di Malaysia, hasil perjuangan UMNO. Apakah di Singapura wujud Majlis Agama Islam, Perkim, Tabung Haji dan sebagainya, sebagaimana wujudnya semua itu di Malaysia sehinggakan Nik Aziz menghukum bahawa Singapura itu lebih "Islamic" berbanding Malaysia? Nik Aziz, apakah tuan sudah di"buta"kan Allah tanpa hidayah dariNya?

Tidakkah Nik Aziz sedar bahawa dirinya kini sedang berkawan dengan "syaitan"? Syaitan yang difirmankan Allah sebagai ""aduwwun mubinnn"! Apakah Nik Aziz telah terpesong akibat hasutan "syaitan-syaitan" yang mengelilinginya sehingga mahu menumpahkan darah saudara seIslam sendiri? Tidakkah Nik Aziz sedar bahawa dia kini berada sekapal dengan kuffar yang terang-terangan menolak Islam? Bukankah Karpal dan Lim Kit Siang tidak sekali-kali mahukan Islam ditegakkan Malaysia. Bukankah Anwar juga mempunyai dasar "Islam" yang dianjurkan oleh Yahudi dan US? Bukankah puak-puak kuffar itu tidak akan sekali-kali redha selagi umat Islam di Malaysia ini tidak mengikut jari telunjuk mereka? Saya sedar bahawa tuan Nik Aziz berilmu agama yang tinggi, namun ilmu itu tuan selewengkan dengan sikap "riak" dan "ujub" sehingga "menghalalkan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar". Matlamat tidak menghalalkan cara, wahai "tuan guru"!

Berbaloikah Nik Aziz menganjurkan permusuhan sesama umat Islam di Malaysia ini demi kepentingan politiknya? Hj. Hadi dimarahnya dengan "nasihat" hanya semata-mata memberi idea untuk menyatupadukan umat Islam di Malaysia yang terpisah akibat fahaman politik. Kononnya, Hadi hanyalah Presiden kepada sebuah parti politik dan tidak terkecuali dari silap dan salah dosa. Bagaimana pula dengan Nik Aziz sendiri? Takkanlah semata-mata bergelar "mursyidul am" PAS, maka dirinya kebal dari membuat keputusan yang silap dan salah? "Maksum"kah Nik Aziz? Jangan pula nanti mendakwa bahawa dirinya adalah seorang "Rasul" pula!

Saya melihat bahawa "nasihat" Nik Aziz ini tidak lebih dari usaha untuk memecah belahkan sesama umat Islam di Malaysia. "Nasihat" ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar. Mungkin inilah hasilnya bila berkawan dengan "syaitan". Tidak kiralah sama ada "syaitan iblis laknatullah" atau "syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia". Kami warga UMNO akan terus menganggap bahawa PAS dan ahli-ahlinya adalah saudara seagama kami sendiri walaupun berbeza pandangan politik. Demi Islam, kami tidak sanggup menumpahkan darah saudara seIslam kami walaupun demi dunia dan politik. Kami beragama Islam dan bukan beragama UMNO atau PAS! Fahamilah wahai Nik Aziz dan ahli-ahli PAS, kita semua adalah saudara!

4 ulasan:

  1. UMNO tu United Munafik National Organisation yang objektif nya memastikan Islam tidak di amalkan di Malaysia ni. Bukan ke murtad namanya bahlul umno

    BalasPadam
  2. Kau lah lagi bahlul PAS ke PIS, Parti Kencing Semalaysia, PAS anjing anjing DAP

    BalasPadam
  3. Secara simboliknya TGNA kata “berjuang habisan2 ....sampai "titisan darah terakhir". Antara bermaksudnya: ... PAS akan tetap berusaha gigih pertahankan perjuangan Islam, dari pengalaman yg lepas sering dihalang, dikepung, dilanyak atau dibelasah oleh samseng2 AMNO/ polisia FeRu salalunya sampai luka2/ berdarah ....... Aktivis2 PAS sanggup bersabar walaupun akan diperlakukan secara zalim sedemikian rupa .....

    Peristiwa berdarah terhadap aktivis PAS seperti nasib YB Samad Gol, Memali, Lubuk Merbau, Batu Buruk, dll sampai hari ini masih tiada tribunal “ pembelaan & pengadilan yang cukup" dari kerajaan AMNo/kapa layar/ dascing . PAS bersabar menunggu harinya walau diperlakukan sedemikian rupa oleh kaum sebangsa dan seugama. Sejak penubuhannya, keganasan pihak2 anti-PAS cukup ngeri & trajis, tindakan2 terbuka atau rashia pihak lawan amat memilukan. Titisan darah & air mata para pejuang Islam oleh melayu sekular sememangnya akan menjadi saksi dihadapan Allah azza wajjala di Padang Mahsyar nanti.

    Pembohongan & manipulasi “Melayu Sekular” terhadap para “pejuang Islam” sewajarnya disanggah. Selama ini, dosa2nya amat besar terhadap agama, bangsa dan tanah air ............ untuk apa sekarang mereka merasakan "jaga perpaduan Melayu" terlalu penting? Atau kepura2an baik, sekadar nak jaga kepentingan peribadi masing2 saja?

    BalasPadam
  4. Apa yang pasti ada baiknya kita kembali kepada perjuangan asal datuk nenek kita iaitu memastikan KETUANAN MELAYU terus terpahat di jiwa setiap anak MELAYU..

    BalasPadam

Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.