Selasa, 1 September 2009

Tahniah Pemuda Perak " Majlis Nur Ramadhan " Bukti Kejayaan kita.


Salam Ramadhan...
Tahniah dan hanya itu yang mampu Pejuang/// ucapkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Perak di atas kejayaan mengadakan Majlis Nur Ramadhan bertempat di Kediaman Rasmi YAB. Menteri Besar Perak. Kehadiran yang diharapkan melebihi dari jangkaan. Secara peribadi, ingin pejuang/// katakan bahawa Pemuda UMNO Negeri Perak menyokong penuh kepimpinan YB KJ menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Antara hadirin yang hadir, pihak urusetia terpaksa membuat penambahan lebih lima meja kerana kehadiran di luar jangka. Turut hadir adalah barisan Exco Pemuda Malaysia yang di ketuai oleh Timbalan Pengerusi tetap Pemuda UMNO Malaysia.

Kepada Saudara Maslin selaku Ketua Pemuda Perak, Majlis ini membawa seribu erti . Secara peribadi kita dapat lihat bahawa pemuda di semua peringkat khasnya di negeri Perak mendokong semangat SETIAKAWAN dalam memastikan Pemuda Perak terus BERSATU.

Kehadiran YAB Menteri Besar Perak telah menyerikan lagi majlis tersebut.



Pada majlis tersebut juga, Pemuda Perak telah menyampaikan sumbangan kepada 66 orang anak yatim dari dua asrama anak yatim di negeri ini. Sumbangan berupa duit raya dan makanan ringan telah disampaikan oleh YB KJ bersama YAB. Menteri Besar.

Majlis selesai lebih kurang jam 10 malam, semua hadirin bersolat jemaah Mahgrib, Isyak dan sunat terawih di Dewan Kediaman YAB Menteri Besar. Selesai majlis pejuang/// di ajak bersama-sama pemuda-pemuda oleh YB KJ untuk minum di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, memang hebat YB KJ kerana dalam kesibukan beliau dengan program di seluruh negara namun beliau mampu untuk meluangkan masa minum bersama pemuda luar dari program rasmi beliau hinggalah jam hampir 12.40 mlm. Keseronokan pejuang/// semalam bukan setakat itu sahaja. Elok YB KJ berangkat pulang ke KL, pejuang/// diminta tunggu lagi oleh Saudara Khairul Azwan ( SU Sulit Khas MB ) bersama barisan pemuda, kali ini YAB Menteri Besar pula hadir.

Malam yang hebat, itu yang mampu pejuang/// katakan apabila dua pemimpin, seorang di peringkat Pemuda Malaysia dan seorang lagi Menteri Besar Perak boleh duduk semeja beratapkan langit dan belantaikan jalan tar serta beranginkan embun di tengah malam. Pejuang/// dan rakan-rakan berpeluang berborak bersama-sama MB dan Dato' Shaarani serta abang Hamdan tanpa ada protokol hingga jam 1.30 pagi.

Secara peribadi kehadiran kedua pemimpin ini memberi kejutan kepada pelanggan di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung.

Terima kasih YAB. Menteri Besar Perak...
Terima kasih YB Khairi Jamaluddin...
Terima kasih Pemuda Perak...
Salam SETIAKAWAN semua...

Tiada ulasan:

Catat Komen

Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.