Salam,
Melihat keganasan dan perbalahan etnik di wilayah Xinjiang, China, antara minoriti Uighur dan majoriti Han, terfikir seketika satu perkara...alangkah untung dan bertuahnya lahir, menetap dan menjadi rakyat Malaysia.
Tidak dapat digambarkan jika lahir di Xinjiang, apalagi lahir sebagai etnik Uighur. Pasti hidup tidak aman dan tidak selesa, terjebak dalam 'penindasan' etnik majoriti. Sudahlah susah tidak dibantu, ditindas pula!
Keadaan malang berterusan apabila tidak diberi peluang dalam pelbagai bidang, khususnya peluang perniagaan. Ekonomi Xinjiang dikuasai etnik Han dan etnik Uighur menjadi etnik terpinggir.
Berbeza di Malaysia...
Aman sentosa, harmoni, makmur, segala peluang terbuka luas. Selagi tidak melanggar undang-undang, semu rakyat diberi kebebasan, bebas melakukan apa sahaja. Kebebasan bercakap membolehkan werganegara bebas bercakap apa sahaja, sekalipun ia mengguris orang lain.
Di bidang perniagaan, siapa yang berusaha lebih mampu menjadi kaya raya. Semua orang mampu menjadi jutawan, asalkan kena gaya. Tidak kira etnik apa sekalipun, tiada siapa yang terpinggir. Malahan etnik minoriti menguasai beberapa bidang, khususnya ekonomi melebihi kaum majoriti.
Cuma yang tidak difahami, di negara ini masih ramai yang tidak berpuashati...malah ada yang tergamak menyalakan api perkauman, berlagak hero demi survival masing-masing. Sudah diberi betis, hendak peha lagi!
Demi menawan hati para pengundi, demi memenangi kerusi pilihanraya, demi merebut kuasa, segelintir rakyat Malaysia leka dengan nikmat hidup di Malaysia. Ada yang sanggup menghina dan mencerca orang lain, cuba merobohkan asas yang telah dibina pemimpin terdahulu!
Mungkinkah apa yang berlaku di Xinjiang boleh berlaku di Malaysia? Jawapannya ada di tangan kita...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.