Khamis, 9 Julai 2009

PEMIMPIN KITA DI SELANGOR....

Bukti Nyata Tindakan Khalib Ibrahim

Selepas menang dalam pilihanraya dan berjaya memerintah Selangor, Kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim ada mengeluarkan cadangan untuk meluluskan segera projek ladang ternakan babi moden yang mengunakan teknologi dari Jerman di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat Selangor. Dewakampung melihat ini hadiah yang paling bernilai berikan selaku Menteri Besar Selangor kepada seluruh rakyat negeri Selangor yang rata-rata beragama Islam

Dewakampung difahamkan projek tersebut RM100 juta, mampu memusatkan ternakan babi yang ketika ini dijalankan secara berselerak di sesetengah kawasan di Selangor Jika dilihat operasi ladang Babi seluruh negeri Selangor adalah keempat tertinggi dengan jumlah 137 ladang ternakan babi selepas Pulau Pinang, Perak & Kelantan. Disini beberapa persoalan antaranya:-

1. Mengapakan projek tersebut diadakan di kawasan majoriti adalah Bangsa Melayu Beragama Islam dan dianggaran jumlah penduduk Bangsa Melayu Beragama Islam ialah 86 ribu orang?

2. Kenapa kerajaan negeri Selangor, pimpinan Khalib Ibrahim beria-ia benar untuk meluluskan projek ini? Adakah bekalan babi tidak mencukupi menampung keperluan bukan Islam di Selangor yang dianggarkan seramai 1.3 juta Cina dan 647,000 India kerana belum pernah dengar lagi dalam media massa bekalan babi di Selangor tidak mencukupi dimusim perayaan seperti bekalan ayam semasa musim perayaan yang sentiasa tidak mencukupi?. Maka ada baiknya Khalid Ibrahim meluluskan ternakan ayam bernilai RM 100 juta. Itu kisah ladang ternakan babi.

Adakah ini Kemesraan MB Selangor bersama Exco???

Muslimat PAS turut pertahankan Elizeberth Wong semasa sidang Media berkenaan isu gambar yang tersebar di Internet

Dewakampung teringat pula kisah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor yang bergitu hebat berkata-kata dan ia pula dipertahankan oleh Khalib Ibrahim berkenaan isu gambar seksi yang boleh meruntuhkan jiwa jika melihatnya. Jika kita renung kembali pada Febuari 2009. Elizeberth Wong tidak pernah sama sekali menafikan gambar berkenaan malahan ada membuat pengakuan dalam Malaysiakini dan antara pengakuan yang dibuat sendiri oleh Elizabeth Wong dalam Malaysiakini pada 16 Februari 2009 mengenai penyebaran gambar bogel beliau
"Saya dimaklumkan beberapa orang sedang cuba mengedarkan foto-foto atau rakaman video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim."

Saya merasakan Khalib Ibrahim selaku Menteri Besar seharusnya meminta Elizeberth Wong meletak jawatan kerana pada prinsipnya Exco berkenaan tidak mempunyai etika dan moral sebagai pemimpin. Adakah ini pemimpin yang akan membentuk dan mengajar rakyat Selangor?..Lebih mendukacitakan apabila perkara ini turut disokong oleh PAS apabila Di Lo' Lo sendiri (PAS-Titiwangsa) tidak bersetuju dengan tindakan Elizabeth Wong meletak jawatan kerana mendakwa ia adalah taktik kotor menjatuhkan ahli politik dikalangan wanita. Dr Lo' Lo' juga turut menyalahkan pihak media dalam isu ini...sekali lagi ditegaskan ini persoalan moral dan etika seorang pemimpin.

Khalid Ibrahim hendak tutup premis NGO

Jika kita merujuk kenyataan akhbar The Sun, muka surat 2. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor yang mempunyai kuasa penuh telah kembalikan 90% dewan serbaguna dan pusat komuniti kepada pihak berkuasa tempatan. Kenyataan akhbar menujukkan penduduk di Taman Maju Jaya dan Taman Cheras Indah telah memprotes tindakan Khalid Ibrahim menutup pusat kegiatan komuniti.

Tindakan Khalib Ibrahim menutup pusat komuniti di Pandan Perdana dengan cadangan membina "driving range" adalah amat melampau, jelas membuktikan kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR sanggup menyusahkan rakyat demi meraih keuntungan. Persoalannya mengapa diganggu penduduk yang mahu menjalankan aktiviti kemasyarakatan bukankah itu perkara yang baik iaitu untuk menwujudkan perpaduan rakyat Malaysia selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia yang mewar-warkan konsep 1Malaysia.

Hai itu kisah YAB Menteri Besar Selangor,,,pemimpin kita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.