Rabu, 1 Julai 2009

PAS Malu Pada Calun Mereka Di Manek Urai

Apakah kena mengena status pelajaran dan pangkat adik beradik dengan kemampuan sebenar calon Pas di PK Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah menjadi ADUN?

- Kenapakah Harakah.daily tidak menyentuh latarbelakang pendidikan calon mereka? Siapakah yang bertanding, Mohd Fauzi Abdullah atau adik-beradik beliau?

- Apakah pengundi tidak perlu tahu latarbelakang pendidikan calon pemimpin mereka kerana pendidikan sangat penting untuk memastikan pemimpin tersebut boleh berfikir secara matang, berilmiah dan bervisi jauh?

- Apakah tujuan di atas untuk mengaburi rakyat daripada tidak menilai taraf pendidikan calon Pas tersebut yang dikatakan rendah iaitu hanya sekadar SRP sahaja?

2. Dan apakah jentera Pas malu dengan status 'pemborong ikan' calon mereka sendiri sehinggakan mereka tidak sanggup meletakkan 'pemborong ikan' di dalam berita mereka?

- Apakah 'pemborong ikan' terlalu rendah di mata jentera Pas?

Persoalan-persoalan di atas timbul apabila kita membaca pengenalan calon Pas di dalam web Harakah.daily.

Walau pun penulis bukan ahli Pas tetapi tindakan Harakah.daily yang tidak konfiden dengan taraf pendidikan dan pekerjaan calon mereka sendiri adalah amat memalukan!

Di antara kenyataan di dalam Harakah.daily:-

KUALA KRAI 27 Jun (Harakah) - Seorang peniaga Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi.

.......Beliau merupakan anak keenam daripada lapan adik-beradik. Empat daripadanya mendapat pendidikan tinggi sehingga ke luar negara.

Seorang lagi kakaknya, Prof Dr Aminah pensyarah kanan di UKM; ketiga, Ibrahim seorang peniaga buah-buahan; keempat, Sabariah ketua jururawat di Hospital Temerloh.

Kelima, Mohd Yazid, pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya. Manakala dua adiknya iaitu Razali memiliki syarikat perunding di Pulau Pinang dan adik bongsu, Zaidi lepasan bidang IT di universiti, Australia - Harakahdaily.

Dan jika kita merujuk kepada adik-beradik calon Pas, empat di antara mereka berkemungkinan besar telah mendapat bantuan dari segi biasiswa atau pun pinjaman daripada kerajaan Barisan Nasional.

Kakak calon Pas, Prof Dr Aminah pula bekerja di universiti yang dibiayai oleh kerajaan Barisan Nasional manakala yang keempat, Sabariah bekerja di hospital tajaan kerajaan Barisan Nasional.

Dan Mohd Yazid pula mendapat gaji sebagai pengarah jabatan kerajaan yang ditadbir oleh parti Barisan Nasional di Putrajaya. Di manakah jabatan itu ya?

Maksud mudah, majoriti daripada keluarga calon Pas terhutang budi kepada kerajaan pusat BN. Dan jika mereka benar-benar faham, 5 daripada adik-beradik Mohd Fauzi akan memangkah calon Barisan Nasional.

Dan jika jentera Pas sendiri tidak konfiden dengan kemampuan intelek Mohd Fauzi, apakah penduduk di Manek Urai masih mahu memperjudikan masa depan kawasan mereka dengan mengundi calon Pas tersebut?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.