Selasa, 30 Jun 2009

Amanat Untuk Pemimpin Dan Ahli PAS

WAHAI PEMIMPIN DAN AHLI PAS

1. Saudara-saudara sekalian, Percayalah! kita menentang PAS bukan kerana nama dia PAS, kita menentang PAKATAN RAKYAT, bukan kerana nama PAKATAN RAKYAT.

2. Kita menentang dia kerana dia MEMUTAR BELIT AYAT SUCI AL QURAN, BERSENGKOKOL DENGAN KAFIR, MENGKAFIRKAN SESAMA ISLAM".

3. Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara, perjuangan kita adalah DIREDHAI ALLAH, ucapan kita NASIHAT, derma kita adalah SEDEKAH dan kerana kita berjuang dengan PARTI - PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT YANG BERCAMPUR GAUL DENGAN GOLONGAN MUNAFIK DAN KAFIR, kalau kita mati kerana MENEGAKKAN SURUHAN ALLAH, mati kita INSYALLAH DIREDHAI ALLAH, mati kita adalah DALAM KALIMAH ALLAH.

4. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan MEMPERMAINKAN AYAT SUCI DAN SURUHAN ALLAH SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH PARTI-PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT.

5. KEPADA AHLI DAN PEMIMPIN PAS, INGATLAH UMNO TIDAK MEMUSUHI PAS TETAPI TINDAKAN PAS YANG MENYIMPANGI LANDASAN ISLAM DAN MEMBELAKANGKAN KEPENTINGAN UMAT ISLAM BERBANGSA MELAYU.

6. UMNO TIDAK MENOLAK ISLAM TETAPI MELAKSANAKANNYA SECARA BERHIKMAH BUKAN SEPERTI PAS YANG JANYA PANDAI MENGUTUK TANPA MELAKUKAN APA-APA SUMBANGAN KEPADA KEBAIKAN UMMAH.

DIBAWAH ADALAH AMANAT SEBENAR HAJI HADI

Amanat Haji Hadi Awang yang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Saudara-saudara sekalian, Percayalah! kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang Barisan Nasional, bukan kerana nama Barisan Nasional.

Kita menentang dia kerana dia mengekalkan Perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah".

Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.

Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.