Rabu, 17 Jun 2009

MELAYU keluarlah dari kotak fikiran yang lama...



Bangsa Melayu bersatu dengan teguh sekali pada awal zaman kemerdekaan. Setelah beratus tahun dipecah dan perintah oleh penjajah barat. Berikut kemudiannya tertubuhlah parti-parti melayu yang memperjuangkan kemerdekaan; pekembar dan akhirnya UMNO satu-satunya yang kita lihat memperjuangkan melayu ketika itu.

Taksub kepada UMNO ketika itu adalah wajar kerana UMNO lah satu-satunya parti yang mewakili dan mendapat tempat dihati kaum melayu. Namun keadaan telah berubah selepas 50 tahun kemerdekaan. PAS dan PKR wujud dari sebahagian pecahan UMNO. (Walaupun PKR bukanlah parti melayu namun ianya nenpunyai keahlian melayu yang besar) Disinilah titik mulanya melayu berpecah. Soalnya kenapakah melayu berpecah?

Memang ada penjelasan secara lebih mendalam dan ilmiah namun kita hanya ingin menyingkap permasalah ini secara kasar dan luaran. Secara dimana keseluruhan mayarakat boleh membincang dan berfikir mengenainya. (Kita tidak mahu membincangkan secara mendalam kerana ianya akan lebih rumit – juga akan membabitkan parti lain seperti : Berjasa, Semangat 46 dan lain-lain lagi).

Dua Perpecahan besar yang akhirnya telah menwujudkan dua kelompok yang berpengaruh besar dengan membentuk dua parti besar iaitu PAS dan PKR. Kita menyoal sekali lagi, Kenapakah melayu berpecah? Apakah perbezaan pendapat yang tersangat besar yang telah memisahkannya? Apakah perbezaan dari segi agama? Apakah perbezaan Islam UMNO dengan Islam PAS yang memisahkan bangsa melayu? Namun perpecahan dengan PKR apakah hanya kerana isu menuntut keadilan bagi seorang pemimpin?

Saya tidak mahu dan tidak berhak memberikan jawapan kepada soalan berkenaan, jadi saya biarkan umum mendapatkan jawapannya atau jawapan-jawapannya. Saya hanya ingin focus kepada soalan apakah keuntungan yang bangsa melayu dapat dari perpecahan ini?

Dengan perbezaan penduduk Negara yang bukan terlalu banyak diantara bangsa melayu dan asing maka perpecahan ini dilihat hanya akan melemahkan bangsa sendiri. (Malay 50.4%, Chinese 23.7%, indigenous 11%, Indian 7.1%, others 7.8% (2004 est).Apakah ertinya jika hanya parti yang kita dukung memenangi pilihanraya tetapi secara keseluruhannya wakil-wakil bangsa melayu bukan lagi majoriti dikalangan pemerintah dan mengusai Dewan Rakyat,Dewan Negeri dan Dewan Negara.

Melayu harus sedar bahawa dalam keadaan kita taksub kepada parti bahawa kita telah lupa yang kita telah ketepikan kepentingan bangsa. Disini letaknya perbezaan diantara politik bangsa melayu dengan bangsa cina kerana bangsa cina dalam diam mengutamakan lebih bangsa dari parti.

Kita lihat pula bagaimana bangsa cina mempertahankan bangsa mereka tanpa mengira perbezaan parti dalam menghadapi apa-apa isu yang ingin menguggat bangsa dan bahasa mereka.

Kita harus keluar dari kotak fikiran lama kita dalam memilih calon: pertama bangsa dan kedua parti. Ini lah juga yang sering dilakukan oleh bangsa lain yang dalam pilihan-pilihanraya sebelum ini bagi mengekalkan calon-calon bangsa mereka. Apakah kita tidak sedar? Atau kita masih lagi lena oleh alunan merdu pemimpin-pemimpin kita bagi kepentingan tertentu. BERANILAH BERUBAH! atas semangat SETIAKAWAN......

4 ulasan:

  1. Pejuang taik kucing ! Tu pemimpin agong hang tu...si Mahathir tu derhaka hang x nampak plak. Nak suruh berubah...hang tau ka apa yg nak diubah ? Bile dah kena reject dgn rakyat baru la pikir nak berubah ! Baru la pikir hidup melayu ! Bodoh

    BalasPadam
  2. Hehehehe... cetek nyer pemikiran mereka yang menghina perjuangan murni UMNO. Apa dulu lahir mereka ini DAP ker yang bagi makan?

    BalasPadam
  3. mungkin depa2 yang dok sokong KOMUNIS,
    anak2 mangsa rogol KOMUNIS kot...
    huhuhu..
    hahaha...

    depa BODO...

    BalasPadam
  4. Tausug Global

    CERITA DATU MUSTAPHA DARI KACAMATA SULUK

    Untuk mengetahui sejarah Datu Mustapha secara dekat jangan tanya orang Dusun, Murut, Kadazan atau pun kaum Cina Sabah tetapi tanyalah kepada orang-orang Suluk Sandakan. Memahami cerita sebenar Datu Mustapha tidak akan dapat ditemui dalam surat khabar atau pun Arkib Negeri mahu pun Arkib Negara. Sebagai contoh ketika Kerajaan British menyuarakan ingin melantik pemimpin menerajui North Borneo selepas Perang Dunia ke-II, Kadazan-Dusun yang dipimpin Tuan Fuad Stephen serta ketua kaum Cina menyatakan bahawa mereka yang lebih layak memimpin North Borneo tetapi tidak dipersetujui oleh Kerajaan British ketika itu.

    Menurut salah seorang bekas Komander MNLF yang hanya dikenali sebagai Pakcik Kalim di Sandakan mengatakan bahawa British enggan menerima ketua Kadazan-Dusun dan kaum Cina menerajui negeri kerana North Borneo masih terikat dengan "Kesultanan Sulu" maka yang layak menerajuinya ialah pemimpin dari kalangan Datu Suluk @ Tausug. Pilihan yang tepat ialah Datu Mustapha kerana beliau pernah mengetuai gerila Suluk menentang Jepun dan berketurunan Sulug dari kalangan para Datu Diraja Sulu. Masalah yang dihadapi oleh Britisih pula ialah Datu Mustapha bukan sahaja tidak pandai bertutur bahasa Inggeris malah tidak pernah mendapat pendidikan formal di sekolah sebagaimana Tun Fuad Stephen dan pemimpin-pemimpin Cina ketika itu. Untuk menerajui kepimpinan North Borneo menurut British perlulah pandai membaca dan menulis dari acuan Barat serta fasih bertutur bahasa Inggeris.

    Menurut Pakcik Kalim British terpaksa mengambil keputusan "mendidik" Datu Mustapha dahulu dengan menghantarnya ke England untuk diberi pendidikan khas selama beberapa bulan sehingga 6 tahun. Setelah dipersetujui iaitu memilih Datu Mustapha sebagai pemimpin North Borneo maka perlulah memanggil Datu Mustapha, malangnya British tidak mengetahui dimana Datu Mustapha berada ketika itu. Setelah beberapa bulan mencari akhirnya Ejen British berjaya menemui Datu Mustapha di Pulau Banggi yang ketika itu beliau sedang membuat bubu ikan. Datu Mustapha terpinga-pinga ketika terlihat orang Inggeris datang kepada beliau yang begitu jauh dan terpencil, maka ejen British tersebut membawa beliau ke Kota Kinabalu kerana ada perkara penting katanya.


    Menurut pakcik Kalim lagi ketika itu Datu Mustapha dengan tidak memakai baju dengan kulit hitam berkilat (dibakar cahaya matahari) bersiap lalu bergegas ke Kota Kinabalu mengikut utusan British tersebut. Sesampai di Kota Kinabalu beliau langsung dibawa ke England untuk dimasukkan ke sekolah khas selama beberapa tahun. Setelah beliau "pandai" dan cukup bersedia barulah Datu Mustapha dihantar semula ke Sabah dan tidak lama kemudian beliau mendirikan parti politik USNO berkolaborasi dengan parti-parti lain untuk memerdekakan Sabah dari Kerajaan British. Sehinggalah pada 16 Semptember 1963 iaitu selepas Suruhanjaya Cobold melakukan "bancian" barulah Datu Mustapha berjaya membawa Sabah (North Borneo) menyertai Persekutuan Malaysia bersama rakan-rakannya dari kaum-kaum lain dengan syarat 20 Perkara yang dipersetujui.

    BalasPadam

Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.