Lim Guan Eng, telah menyanggah Hj.Hadi Awang, Presiden Parti PAS, untuk "bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga perlu jawab kepada Tuhan" (Lim Guan Eng-Berita di TV3).
Dia berkata demikian ketika mengulas tentang cadangan "Kerajaan Perpaduan" yang dikatakan oleh Hj.Hadi telah mendapat kata setuju oleh PKR dan DAP. Guan Eng menafikan kenyataan Hj.Hadi itu, dan menurutnya oleh kerana Hj.Hadi Awang sebagai orang yang dikatakan "alim" tidak sepatutnya berkata demikian. Maka apa yang dimaksudkan oleh Guan Eng, secara tepatnya ialah "Hj.Hadi menipu".
Guan Eng mahu bagi tahu kita bahawa Presiden PAS itu penipu bila mengucapkan kata-kata itu? Adakah Hj.Hadi bercakap semata-mata main politik dan Guan Eng juga melakonkan skrip politik? Saya tak nak suruh Guan Eng sumpah junjung Al Quran pula. Dalam hal ini walaupun Guan Eng menyanggah Hj.Hadi sekeras-kerasnya, walaupun Hj.Hadi memang main politik, saya lebih redha percayakan Hj.Hadi daripada ditemberang oleh Guan Eng!
Cukuplah kita lihat bagaimana "boneka PAS" dipersendakan di Perak hingga melakukan "sembah derhaka" dan akhirnya membodohkan diri dengan "mogok lapar". Semua itu adalah angkara terlalu ikut kata-kata "bijak pandai" dari kelompok rakan "Sehati Tidak Sejiwa". Buang emak, buang saudara dek mendengar kata-kata Tuan Penasihat, maruah Raja sendiri pun diinjak-injak.
Sebenarnya reaksi Guan Eng adalah kesan daripada hakikat bahawa antara PAS dan DAP memang tiada persamaan didalam perjuangan. Akhirnya perlu juga bertemu dengan kebenaran. Dalam hal ini PAS ingin melaksanakan perjuangan sebenar iaitu perjuangan untuk Islam. Kalau itu gagal mendapat sokongan dari rakan seperti DAP dan PKR, apakah maknanya bagi PAS? Meninggalkan tuntutan perjuangan demi menjaga kehendak rakan yang tidak membawa perjuangan yang sama?
Walau apa pun, apa kah hak DAP untuk mempersoalkan kehendak dan hala tuju PAS? Kalau dah dari awal semua orang tahu bahawa DAP dan PAS adalah bagai air dengan minyak, apakah peliknya bila keghairahan nafsu sudah diaman, kocak di air kembali tenang, air dan minyak tetap terpisah? Atau adakah DAP terkilan kerana air dikocak tidak bertahan? PKR pula mengelupur, sejuk menusuk hingga ketulang?
Inilah bila kaduk dah naik junjung. Dia hilang upaya untuk melihat kenyataan.
Saya menyeru semua orang Melayu yang kesemuanya orang Islam dan merupakan pribumi yang memilikki suara majoriti, bersatulah dan sambutlah langkah baik yang sememangnya bersesuai dengan jiwa dan iman kita. Dokonglah impian ini dengan sikap berlapang dada dan bersangka baik. Jangan ada pula yang sudah mengira untung dan rugi, sebelum pun langkah bermula. Caturlah gerak dengan penuh hemah dan takwa. Sesungguhnya nasib masa depan anak cucu kita semua akan ditentukan oleh hasil perbuatan kita dihari ini, sebagaimana percaturan pejuang-pejuang terdahulu telah mewasiatkan kita Tanahair yang Berkat ini.
Nukilan : Zainal Abidin Ahmad..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.