Kebiasaannya Pengamal atau perajurit SELENDANG MERAH ini digelar PENDOWO LIMO. Sebenarnya pedang terbang atau sebagainya bukanlah pedang2 seperti yang dibayangkan oleh saudara-saudara sakalian mau pun En. Shukri, tetapi pedang-pedang atau parang-parang itu adalah Tangan Pendekar-pendekar Selendang Merah itu sendiri. Sememangnya mereka ini tidak pernah bergerak dengan membawa senjata. Bisa yang dimaksudkan adalah air ludah mereka.
Mereka ini sangat susah untuk dilihat duduk di dalam berkumpulan dan kebiasaannya suka berjalan berseorangan, minum berseorangan dan sebagainya.
Tingkahlaku mereka amat bersahaja, senyum sentiasa terukir dan apabila didekati, mereka akan memberi 1000 alasan untuk beredar. Mereka akan segera beredar apabila mendengar orang-orang sekeliling ketawa terbahak-bahak atau berdekah-dekah. Kalau mereka makan nasi, mereka akan pastikan tida sisa atau tiada nasi yang terjatuh di atas meja. Dan yg paling ketara ialah mereka makan nasi tanpa meminum air !
Kalau nak kenal mereka, mereka amat segak, berbadan tegap, bersih, tidak merokok, berketerampilan kemas dan untuk makluman En. Shukri dan saudara-saudara sakalian, Trademark mereka ialah walaupun berpakaian kemas, mereka akan menggantung tuala di bahu (walaupun mereka memakai Long Sleeve, coat atau t-shirt atau apa saja pakaian mereka ! ). Kalau ditanya kenapa suka bawa tuala, mereka akan memberi alasan kuat berpeluh atau sebagainya !
Di Perak yang masih hidup ada di Kuala Kangsar, Tiada seorang pun di Penang, Kedah, Kelantan dan Perlis. Di Pahang ada 2 orang, di Johor 11 orang, tiada seorang pun di Sabah dan Sarawak. 3 orang di sekitar Selangor (Banting, Meru dan Batang Berjuntai), 1 di Terengganu dan 7 orang di KL.
Wak secara peribadi pernah terserempak sekali di The Mall KL dan bertegur sapa dengan pemuda ini. Usianya lebih kurang 30an. Budi bahasanya tinggi sekali dan yang hairannya, tak ada satu pun ajakan atau pelawaan Wak untuk minum bersama diterima. Wak cuba menduga dengan memperlekehkan Ahli Sunah Wal Jamaah, tetapi pemuda ini hanya tersenyum sahaja, tetapi bila Wak pertikaikan peranan sultan-sultan Melayu, terus pemuda ini bertanya dengan penuh sopan adakah Wak sudah jemu melihat bulan dan matahari ? Lalu Wak meminta maaf dan menjelaskan niat Wak yang sebenarnya lalu dia memberi salam dan terus beredar !
Cuma yang Wak ngerti, Selendang Merah atau Pendowo Limo ini tidak sekali-kali akan berperang atau berpencak untuk Agama tetapi akan tampil di hadapan andainya membabitkan Bangsa Melayu. Wallahualam ! Dan ketika isu sultan Perak yg berlaku tempohari, Wak difahamkan kesemua Perajurit-perajurit Selendang Merah ini ghaib (menyepi sambil bersiap sedia). Satu lagi, mengikut fahaman Wak, Orang Islam berdaulatkan Allah @ Tuhan, tetapi Selendang Merah berdaulatkan Raja dan Sultan ! Sekali lagi, Wallahualam !
Semuga kalian mendapat jawapannya ya ! Jangan berangan-angan tentang Parang terbang, pedang terbang atau lembing terbang. Tahyol belaka tu ! Cuma kalau mau penjelasan lanjut, carilah orang-orang bertuala di bahu itu yg Wak maksudkan ! Kalau bertanya dengan ustaz-ustaz, mereka akan menjawab stail ustaz-ustaz, tetapi kalau bertanya tuan punya badan, pasti mendapat jawapannya !
Terima kasih Tuan Mod, penjelasan ini tiada kaitan langsung tentang perniagaan ! Barangkali untuk tukar mood barang sekatika ! Wassalam !
catatan oleh : TAMINGSARI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pejuang/// tidak sama sekali bertanggungjawab atas sebarang komen yang diberikan oleh sahabat ke dalam artikel pejuang///.